Pada 25 Dis 2011, berlangsung acara "Kayuhan Bandar Di Raja Pekan" atau "Pekan Royal Town Ride".
Jarak kayuhan sekitar 80KM, bermula dan berakhir di Taman Inderapura.
Penyertaan dari ratusan peminat sukan berbasikal, ada yg menggunakan
road bike, ada juga mountain bike.
Kawan, Shahreen, Hisyam dan rakan-rakan dari Persatuan Jurufoto Kuantan
tidak melepaskan peluang utk shot kayuhan ini. Kawan bertuah kerana
Mazlan datang ngan skuter besor. jadi kawan shot dari atas skuter, lebih
fleksibel berbanding dgn shot dari atas kereta. Terima kasih banyok
Mazlan dan juga En Syarif (tuan punya skuter). Jazakallah khair...
Kayuhan di rasmikan oleh YB Dato' Shafik Fauzan Sharif
(ADUN Inderapura) - Exco Pelancongan, Kesenian, Warisan, Pembangunan
Keluarga & Hal Ehwal Wanita. Beliau juga berkayuh pada hari
tersebut.
YB Dato' Shafik Fauzan Sharif
Antara sahabat handai yg turut menyertai kayuhan ialah Dr Jamal, Big, Abg Abd Rahim Le Tua, Mat Jeri, Mizi, Azizul dan ramai lagi....
Rodong-rodong
Foto-foto sekitar "Pekan Royal Town Ride"..
Semangat persahabatan
Para peserta mengayuh di hadapan Gerbang Penjara Penor..
Tak jauh dah nak sampai di Pekan..
Di hadapan Masjid Sultan Abdullah, Pekan
Geng paling gagoh, breakaway..
Pecutan di garisan penamat...
Sila klik thumbnails utk paparan yg lebih besar..
Sebanyak 287 keping foto kawan upload.. kalau nok nengok sila ke set Pekan Royal Town Ride di flickr kawan...
Sesiapa yg ingin menyimpan memori indah mereka semasa berkayuh tempohari, boleh hubungi kawan melalui email (2121studio@gmail.com) atau PM di facebook utk mendapatkan pakej harga.. muroh-muroh ajer.. hok patut-patut..