Sunday, March 2, 2014

TA 45 - Enduro Challenge 2014



http://www.flickr.com/photos/2121studio/sets/72157640862622424/


Alhamdulillah pada 8 dan 9 Feb 2014, saya berpeluang untuk merakamkan aksi-aksi hebat motosikal lasak atau motocross di Kejohanan TA45 - Enduro Challenge 2014 yang diadakan di Taman Tasik Burung Mandi, Kemahang Hilir, Benta, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.

Kejohanan sukan motor lasak ini adalah anjuran Kelab Sukan Bermotor Burung Mandi (KSBBM) menawarkan hadiah keseluruhan lebih RM30,000 dengan kerjasama penuh dari Kerajaan  Negeri Pahang melalui Pelancungan Pahang (Perbadanan Kemajuan Bukit Frazer), Jabatan Belia dan Sukan negeri, Majlis Sukan Pahang (MSP) dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

TA45 - Enduro Challenge 2014 berjaya menarik penyertaan lebih dari 300 orang pelumba dari seluruh negara termasuk juga pelumba-pelumba profesional dari Singapura, Thailand, Australia, New Zealand, Britain dan Jerman. Ini menjadikan kejohanan motor lasak di litar Taman Tasik Burung Mandi adalah kejohanan motor lasak terbesar di tanah air.

TA 45 diambil bersempena nama pe­naung KSBBM, Tengku Amir Nasser Ibrahim Tengku Abdullah yang menggunakan motor bernombor 45. Yang Mulia Tengu Amir juga mengambil bahagian di dalam kategori terbuka.

Berikut adalah foto-foto yang sempat saya rakamkan. Ini adalah pengalaman pertama merakamkan sukan motorlasak, mungkin ada banyak kekurangan yang boleh diperbaiki, insyallah.

Sila klik foto untuk paparan yang lebih besar.

Para pelumba dan pegawai perlumbaan bersedia sebelum memulakan perlumbaan.


 



Selepas siren dibunyikan menandakan permulaan bermula, para pelumba akan berlari ke arah
motor masing-masing, menghidupkan enjin dan memecut.




Suasana sekitar perlumbaan berlangsung. Bermandikan debu dan kebingitan deruan enjin motor lasak.







Ini pula sebahagian aksi-aksi lompatan berani dan luarbiasa..








Dari segi fotografi, litar motor lasak Taman Tasik Burung Mandi ini sangat best kerana panjangnya 4.7 KM satu pusingan dan ada banyak sudut-sudut yg menarik. Susun atur litar ini juga sangat menarik kerana ada tempat pelbagai lompatan, 70% kecerunan pendakian dan penurunan dan paling menarik ialah laluan lompatan sungai yang sangat mencabar.


Ini foto-foto sekitar lompatan di sungai. Pelumba yang berani boleh lompat ikut atas dan kepada yang kurang yakin boleh ikut bawah melalui titi yg disediakan.

http://www.flickr.com/photos/2121studio/sets/72157640862622424/


 



Insyallah tahun hadapan kalau ada peluang kita shot lagi TA45 Endurance Challenge.







I am using FLM ball head & Fotopro tripod.


 





Saturday, February 22, 2014

Tok Gajah menundukkan Harimau Selatan

http://www.flickr.com/photos/2121studio/sets/72157640650217805/


Alhamdulillah pada 7 Feb 2014, skuad Tok Gajah (Pahang) telah berjaya mengulangi sejarah perlawanan pertama Liga Super 2013 dengan menundukkan pasukan Harimau Selatan yang dibarisi pemain-pemain bertaraf bintang dan antarabangsa Johor Darul Takzim  (JDT) 3 - 2. 

Bezanya kalau musim 2013 Pahang ketinggalan 0- 2 dan membuat "come back" untuk menang 3 - 2 manakala pada musim ini Pahang dan JDT saling berbalas jaringan sehingga di masa kecederaan Hafiz Kamal menjaringkan gol kemenangan Pahang. Perlawanan yang musim lalu ada kawan catitkan di SINI.

Kesebelasan utama kedua-dua pasukan.



 
Foto-foto sekitar perlawanan Liga Super di antara Pahang dan JDT. 
(Sila klik foto utk paparan yg lebih besar)






Gelagat penyokong Pahang yang penuh keceriaan. Rata-rata penyokong Pahang memakai jersi Pahang atau berbaju KUNING tanda sokongan padu. Orang Pahang memang BEH..!!!


 

Ini pula Ultras Pahang - Elephant Army dengan paduan chant dan paluan gendang penaik semangat Tok Gajah yg sedang berjuang.




Ini pula gelagat penyokong JDT yg datang dari jauh dengan penuh semangat kesukanan. Sebahagian besar penyokong JDT berjaket hitam dan bertopeng, mungkin ini cara mereka menyokong pasukan mereka.



Ronald Smith tersenyum penuh ceria apabila ditemubual pihak media sejurus selepas skuad bimbingan beliau menundukan pasukan Harimau Selatan yang dibarisi bintang.


 
Pemain Pahang menghargai para penyokong selepas perlawanan tamat.

 
 
Sebahagian dari rakan-rakan media yang sedang bertugas.




Lebih banyak foto-foto perlawanan Pahang vs JDT boleh dilihat di SINI.



I am using FLM ball head & Fotopro tripod.


 





 

Saturday, December 28, 2013

Thanks to ONE CANDLE dot COM

Special thanks to Mr Dan Wiedbrauk for a nice entry about my infrared photography in his blog ONECANDLE.COM.

http://www.one-candle.com/2013/12/the-remarkable-infrared-photography-of.html

Feel free to click on the "printscreen" if you want to read the entry or just click HERE.