Jeram Pelangi terletak di Kuala Sentul, Maran, Pahang.
Pada tahun lalu, Kuala Sentul agak terkenal kerana "kes" Lubuk Yu.
Pusat perkelahan yg terkenal di Kuala Sentul tersebut terpaksa ditutup kepada orang ramai gara-gara "kencing tikus"... walaupun kes sebenar bukanlah disebabkan oleh "kencing tikus"..
Namun begitu Jeram Pelangi bukanlah Lubuk Yu...
ia terletak jauh di tengah hutan hujan tropika Kuala Sentul.
Mahu ke sana kita perlu naik 4WD ke pinggir hutan dan trekking lebih kurang 2jam setengah atau 3 jam utk sampai ke tapak perkhemahan...
Setelah sampai ke tapak perkhemahan, segala keletihan akan hilang apabila melihat keindahan Air Terjun Batu Hampar...
Sedikit foto-foto Air Terjun Batu Hampar yg kawan kongsikan kat sini...
Macam biasa sila klik utk paparan hok lebih besor..
Tidak jauh dari tapak perkhemahan ada 2 lagi air terjun yg indah-indah, iaitu Air Terjun Lubuk Kawah dan Air Terjun Tebing Tinggi.
Air Terjun Tebing Tinggi terletak di hilir tapak perkhemahan...
dalam 20 minit menuruni cerun dah sampai ke bawah Air Terjun Tebing Tinggi..
Manakala Air Terjun Lubuk Kawah terletak 15 minit perjalanan ke hilir sungai dari tapak khemah..
Daripada Air Terjun Lubuk Kawah, kita teruskan perjalanan menyusuri sungai selama 2 jam, kita akan bertemu Air Terjun Pelangi yg sangat indah...
Kalau mandi di bawah Air Terjun Pelangi ini, kita boleh melihat banyak bulatan pelangi seperti "gelang rotan"... satu pengalaman yg luarbiasa...
Air Terjun Pelangi
Suasana di tapak khemah.. seperti yg kawan khabor tadi, Air Terjun Batu Hampar sangat dekat ngan tapak khemah..
Kawan doh gi ke Jeram Pelangi nih 3 kali..
2 kali tahun lepas dan sekali pada Mac baru nih..
Sesiapa yg ingin ke sana bolehlah berhubung dgn Mat Jeri (019 - 9205837)
atau Uda (017 - 9046239)..
Pakej yg mereka tawarkan sangat berbaloi..
Lebih banyak foto-foto Jeram Pelangi termasuk foto-foto macro yg kawan shot kat sana ada di http://www.flickr.com/photos/2121studio/sets/72157624385937149/
2 comments:
salam singgah..
cantik sgt gambar.. terpegun tgk waterfall tu.. so beautiful and amazing
tempat yang akan sentiasa di ingatan. amazing waterfalls :)
Post a Comment