Menurut WIKIPIDEA :
Maklumat tentang Rimba Kenong juga boleh didapati di SINI.Taman Rimba Kenong merangkumi kawasan seluas 121 kilometer persegi di Lembah Kenong yang terletak di barat-daya Taman Negara.
Taman ini mengandungi beberapa buah gua batu kapur yang menakjubkan. Bunyi nyanyian burung dan deruan air terjun yang berdekatan memecahkan suasana tenang dan sunyi di sini.
Setiap gua batu kapur di sini terletak sejauh setengah jam perjalanan merentas hutan. Gua yang paling menarik ialah Gua Batu Tinggi yang menyerupai sebuah sampan tebuk. Sungai Kenong mengalir deras menerusi gua ini.
Masyarakat tempatan mempunyai cerita dongeng mengenai gua ini di mana menurut mereka gua ini dahulunya terbentuk apabila sebuah sampan yang membawa pengutus Raja dari Pekan bertukar menjadi batu. Gua ini terletak di aras antara 122 hingga 152 meter dari paras laut.
Kawan teloh ke sana selama 3 hari 2 malam. Berikut adalah foto-foto yg dapat kawan abadikan di sana.
Gua-gua dan pemandangan di sepanjang Sungai Kenong..
Sila klik "thumbnails" utk paparan yg lebih besar :
Pemandangan di Lata Babi..
Sekitar Gua Batu Tangkup.
Gua Batu Tangga
2 comments:
wohoo.. gambar2 kat sini sungguh mengancam.. susah nk jumpe..
Thumbs Up for the images.
Thanks Syibli...
Post a Comment