Wednesday, July 4, 2012

Kembara Foto ke China : Siri 4 - Jiuxiang Scenic Region

Pada 26hb Apr kami ke "Jiuxiang Scenic Region" kira-kira 90 KM dari kota Kunming. Kami ke sana dengan menyewa van dgn kadar 600 yuan (RM 300.00). Perjalanan dari Kota Kunming ke Jiuxiang mengambil masa 2 jam.

Kami sampai di Jiuxiang sekitar 9.30 pagi. Tiket masuk ke Jiuxiang ialah 100 yuan (RM 50.00). Jiuxiang ialah rangkaian gua yang begitu besar dan indah. Jacky Chan pernah membuat pengambaran filem "The Myth" di gua ini. Sedikit maklumat berkenaan Jiuxiang boleh dibaca di sini.

Gerbang utk masuk ke Jiuxiang.

Image

Mula-mula kami dibawa menaiki perahu untuk menikmati keindahan sungai di luar Gua Jiuxiang.

Image

Selepas itu kami mula menerokai Gua Jiuxiang.

Image

Lampu-lampu berwarna-warni dipasang utk memberikan impak yang menarik kepada gua tersebut.

Image

Diehong Bridge.

Image

Di atas Diehong Bridge terdapat dewan pameran yang mempamirkan artifak-artifak yang berkaitan dengan Gua Jiuxiang.
Image

Image

Keunikan gua ini juga boleh dilihat pada formasi takungan air yang alami.

Image

Image

Di dalam Gua Jiuxiang terdapat air terjun.

Image

Image

Ada banyak jambatan batu di dalam gua ini.

Image

Gua Kelawar yang mempunyai banyak stalactites dan stalacmites.

Image

Keluar dari gua Jiuxiang, kami perlu menaiki "cable car" utk pulang ke pintu masuk.

Image

Saya dan seorang pengunjung dari China di atas "cable car"

Image

dia mungkin agak gayat apabila menaiki "cable car" tersebut.

Kami keluar dari Gua Jiuxiang sekitar pukul 3.30 petang. Kami makan tengahari di sebuah restoran Muslim di Jiuxiang. Ada banyak restoran Muslim di sana. Selepas makan kami pulang ke Kunming.

* Sila klik foto-foto di atas utk paparan yg lebih besar.