Showing posts with label gua. Show all posts
Showing posts with label gua. Show all posts
Friday, April 12, 2019
Selamatkan Gunung Pulai, Baling, Kedah
Foto-foto keindahan gua-gua di GUNUNG PULAI yang sempat saya rakamkan semasa bersama "HUGS Project Team", Merapoh Biosphere, Saintis dari UM, Malim-malim Gunung Pulai, Persatuan Penduduk Dalam Wang, penduduk setempat dan Gerakan "Save Gunung Pulai".
Kami di sana dari 5 hingga 9 Feb 2019. Alhamdulillah, berpeluang memfoto di beberapa gua. Bermula dengan sesi taklimat dan beberapa siri perbincangan dengan penduduk setempat. Sesi memfoto dan dokumentasi gua berjalan selama 4 hari mulai Rabu 6 Feb.
Alhamdulillah, ada beberapa jurufoto Kedah yg turut serta dalam usaha menyelamatkan Gunung Pulai, khususnya gua-gua yang indah. Mereka terdiri dari Safuan, Amir dan Sani. Saya dan Syed Hafeez Al Yahya dari Pahang. Manakala Mirat Hassan dari Pulau Pinang.
Hari pertama, memfoto di Gua Kelambu, Gua Ikan, Gua Matahari, Gua Tembus dan Gua Haji Putih.
Gua Kelambu
Hari kedua memfoto di Gua Sireh, Gua Badak dan Gua Sungai Limau (dulu dikenali sebagai Gua Gelap/Gua Tembus/Gua Air)
Hari ketiga pula memfoto di Gua Sungai Limau (sambung shoot) dan Gua Bunga (dulu dikenali sebagai Gua Gelap)
Ada banyak lagi gua yang belum sempat kami foto. Semuga diberi keizinan oleh Allah swt untuk memfoto semula gua-gua di Gunung Pulai di masa akan datang, insyallah.
Ringkasnya, gua-gua di Gunung Pulai adalah indah, unik dan menarik. Memang LUARBIASA dan WORLD CLASS.
Sangat sayang kalau khazanah alam yang luarbiasa ini diletupkan oleh pengusaha kuari.
Foto-foto dirakamkan dengan menggunakan NIKON D750 + Z7 + AF-S NIKKOR 24-120mm f/4G ED VR + AF-S NIKKOR 80 -200 mm F2.8 + AF-S NIKKOR 10.5mm f/2.8 G ED + SB800.
#nikondphotographers #nikonmalaysia #nikonasia#nikonschool #nikonclubmalaysia #nikond750 #d750 #nikon#FX #iamfullframe #z7 #nikonmirrorless #fotopro#selamatkangunungpulai #peliharakhazanahalam#savepulaicaves #satuhatisatufikir
Wednesday, July 4, 2012
Kembara Foto ke China : Siri 4 - Jiuxiang Scenic Region
Pada 26hb Apr kami ke "Jiuxiang Scenic Region"
kira-kira 90 KM dari kota Kunming. Kami ke sana dengan menyewa van dgn
kadar 600 yuan (RM 300.00). Perjalanan dari Kota Kunming ke Jiuxiang
mengambil masa 2 jam.
Kami sampai di Jiuxiang sekitar 9.30 pagi.
Tiket masuk ke Jiuxiang ialah 100 yuan (RM 50.00). Jiuxiang ialah
rangkaian gua yang begitu besar dan indah. Jacky Chan pernah membuat
pengambaran filem "The Myth" di gua ini. Sedikit maklumat berkenaan
Jiuxiang boleh dibaca di sini.
Gerbang utk masuk ke Jiuxiang.
Mula-mula kami dibawa menaiki perahu untuk menikmati keindahan sungai di luar Gua Jiuxiang.
Selepas itu kami mula menerokai Gua Jiuxiang.
Lampu-lampu berwarna-warni dipasang utk memberikan impak yang menarik kepada gua tersebut.
Diehong Bridge.
Di atas Diehong Bridge terdapat dewan pameran yang mempamirkan artifak-artifak yang berkaitan dengan Gua Jiuxiang.
Keunikan gua ini juga boleh dilihat pada formasi takungan air yang alami.
Di dalam Gua Jiuxiang terdapat air terjun.
Ada banyak jambatan batu di dalam gua ini.
Gua Kelawar yang mempunyai banyak stalactites dan stalacmites.
Keluar dari gua Jiuxiang, kami perlu menaiki "cable car" utk pulang ke pintu masuk.
Saya dan seorang pengunjung dari China di atas "cable car"
dia mungkin agak gayat apabila menaiki "cable car" tersebut.
Kami
keluar dari Gua Jiuxiang sekitar pukul 3.30 petang. Kami makan
tengahari di sebuah restoran Muslim di Jiuxiang. Ada banyak restoran
Muslim di sana. Selepas makan kami pulang ke Kunming.
* Sila klik foto-foto di atas utk paparan yg lebih besar.
Subscribe to:
Posts (Atom)



