Sunday, December 30, 2012

:: l a y e R s ::

Tajuk : LAYERS
Lokasi : Cemara Lawang, Probolingo, Jawa Timur, Indonesia
Exif : Nikon D40 | F16 | 1/160 | iso200 | 90mm


Foto ini diambil semasa saya ke Jawa Timur bersama sahabat-sahabat LUARBIASAFOTO.COM pada tahun 2010.

Lebih banyak foto trip tersebut boleh dilihat di SINI.

I am using FLM Ball head.


Wednesday, December 26, 2012

Gunung Merapi (Infrared)

Gunung Merapi (Mount Merapi) adalah diantara gunung berapi yang paling aktif di dunia. Sedikit maklumat berkenaan Gunung Merapi boleh dibaca di SINI.

Terdapat 3 Gunung Merapi di Indonesia, 2 di Pulau Jawa dan 1 di Pulau Sumatera. Di Jawa terletak di Jawa Tengah dan Jawa Timur. Namun Gunung Merapi yang tersohor itu terletak di Jawa Tengah bersebelahan dengan Gunung Merbabu.

Saya pertama kali mendaki Gunung Merapi, Jawa Tengah pada awal tahun 2008 bersama Dr Jamal, Arey, Remi, Paei dan Waja. Insya Allah akan mendaki semula Gunung Merapi pada May 2013.

Ini adalah foto infrared Gunung Merapi pada kunjungan kedua ke sana di bulan Ogos 2008, waktu itu kami transit di Desa Selo (kaki Gunung Merapi) sewaktu mahu ke Gunung Lawu dari Dieng Plateau.



Ini adalah olahan semula foto di atas.



Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar dari sahabat-sahabat, kawan dapat mengembangkan lagi kaedah olahan foto-foto infrared.

Berikut adalah sebahagian koleksi foto-foto infrared sekitar Gunung Merapi, Jawa Tengah, INDONESIA.

Sila klik utk paparan yg lebih besar, terima kasih.








.


Saturday, December 8, 2012

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin



Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin (Infrared)

Ini adalah foto infrared yang saya rakamkan di Bandar Seri Begawan sewaktu pertama kali ke Brunei Darussalam atas urusan kerja tahun lalu.

Masjid ini mempunyai senibina yang sangat cantik. Kubah-kubahnya daripada emas. Terdapat replika perahu besar di hadapannya yang digunakan sebagai pentas atau astaka untuk majlis Musabbaqah Al Quran.

Foto-foto Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin. Sila klik imej untuk paparan yang lebih besar.








Friday, December 7, 2012

Hati Ibu


Tajuk : Hati Ibu (Infrared)

Lokasi : Kaliurang, Jogjakarta, Jawa Tengah, Indonesia




Foto ini saya rakamkan semasa ke Jawa Tengah pada tahun 2009 bersama rakan-rakan dari luarbiasafoto.com.