Showing posts with label Inframerah. Show all posts
Showing posts with label Inframerah. Show all posts

Wednesday, December 26, 2012

Gunung Merapi (Infrared)

Gunung Merapi (Mount Merapi) adalah diantara gunung berapi yang paling aktif di dunia. Sedikit maklumat berkenaan Gunung Merapi boleh dibaca di SINI.

Terdapat 3 Gunung Merapi di Indonesia, 2 di Pulau Jawa dan 1 di Pulau Sumatera. Di Jawa terletak di Jawa Tengah dan Jawa Timur. Namun Gunung Merapi yang tersohor itu terletak di Jawa Tengah bersebelahan dengan Gunung Merbabu.

Saya pertama kali mendaki Gunung Merapi, Jawa Tengah pada awal tahun 2008 bersama Dr Jamal, Arey, Remi, Paei dan Waja. Insya Allah akan mendaki semula Gunung Merapi pada May 2013.

Ini adalah foto infrared Gunung Merapi pada kunjungan kedua ke sana di bulan Ogos 2008, waktu itu kami transit di Desa Selo (kaki Gunung Merapi) sewaktu mahu ke Gunung Lawu dari Dieng Plateau.



Ini adalah olahan semula foto di atas.



Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar dari sahabat-sahabat, kawan dapat mengembangkan lagi kaedah olahan foto-foto infrared.

Berikut adalah sebahagian koleksi foto-foto infrared sekitar Gunung Merapi, Jawa Tengah, INDONESIA.

Sila klik utk paparan yg lebih besar, terima kasih.








.


Friday, September 3, 2010

Cara ringkas "Post Processing" foto infrared

Hari ini kawan nok berkongsi cara ringkas dan mudoh memproses foto infrared..
sebenornya ada macam-macam cara.. tapi ini cara hok kawan biasa guna..

1. Buka fail dlm photoshop..

Image

2. auto level dan gunakan action file IR (Channel swap)

Image

3. Duplicate layer (Ctrl + J), Image, Adjustment, colour replacement..

Image

4. kemudian pilih kawasan yg kita ingin tukar warna.. dan gerakkan slider "Hue" secukup rasa..

Image

utk kefahaman yg lebih, sila tonton video ini http://www.youtube.com/watch?v=WcTRV-MKths

5. apply mask dan brush utk memadam warna di kawasan yg kita tidak mahu warna tersebut..

Image

6. Merge all layer (Ctrl + Shift + E) dan hasilnya..

Image

utk menambah lebih banyak warna, ulangi langkah-langkah di atas.. duplicate layer, image, colour replacement, mask & brush, merge layers...

Selamat mencuba..