TIPS ASAS untuk memfoto Bimasakti :
1. Cari lokasi atau "port" memfoto yang
gelap, iaitu kawasan yang sebaik-baiknya tiada "light pollution". Persekitaran yang lebih gelap
adalah lebih baik.
Sekiranya cukup gelap, besar peluang kita untuk
melihat bimasakti dengan mata kasar.
2. Malam yang kurang berawan. Sekiranya berawan,
maka peluang untuk memfoto bimasakti adalah tipis kerana awan akan menghalang
kita untuk merakam bimasakti.
Sekiranya kita sampai di lokasi memfoto, kita
dapati awan agak tebal, maka berdoalah bersungguh-sungguh semuga Allah swt
mengalihkan awan ke tempat lain. Sesungguhnya Allah swt MAHA BERKUASA dan DIA
sangat menyintai hamba-hambanya yang berdoa.
3. Dari segi peralatan fotografi, selain kamera
sebaik-baiknya kita ada lensa luas (UWA), lebih luas lebih baik, lensa mata
ikan juga sesuai.
Tripod juga penting kerana kita biasanya
merakam dengan dedahan panjang atau "long exposure",
sekurang-kurangnya 15 saat.
4. "Foreground" yang menarik akan
memberi tarikan kepada foto kerana bimasakti adalah lebih kurang sama sahaja
rupanya walau di mana kita rakamkan. "Foreground" yang akan memberi tarikan pada
foto.
Sekiranya merakamkan "foreground"
dalam bentuk "silhouette", sebaik-baiknya gunakan sudut rendah atau
"low angle" supaya "foreground" menonjol.
Sekiranya "foreground" berbentuk
benda seperti kereta, perahu, pondok atau rumah, kita boleh menyuluh "foregound"
tersebut untuk menaikkan warna dan kejelasan subjek tersebut berlatar
belakangkan bima sakti.
Pengcahayaan boleh menggunakan
"flash" atau lampu LED atau apa-apa sumber cahaya yang munasabah.
5. Dari segi setting, gunakan bukaan luas (nilai F
yang kecil) misalnya F2.8, ISO tinggi misalnya 2500 keatas dan dedahan lama,
misalnya 15 saat atau 20 saat atau 30 saat.
6. Lokasi bimasakti boleh ditentukan dengan memuat
turun apa-apa "apps" pemetaan langit dan bintang. Kalau tak ada
"apps", mudah sahaja, pergilah "outing" dengan orang yang
ada "apps". Kalau tak, carilah "bintang tiga beradik".
Cukup dulu beberapa tips asas untuk sahabat-sahabat yang ingin merakamkan bimasakti. Ada banyak lagi tips. Nanti kalau kawan rajin, kawan tulis lagi, insyallah.
Sekiranya tips ini bermanafaat, bolehlah "SHARE". Semuga lebih ramai boleh memfoto bimasakti.