Kami menginap di homestay milik adik Tuan Hj Abd Kadir di Tampi-tampi. Tampi-tampi terkenal dengan restoran terapung yg menyediakan beraneka hidangan makanan laut yg enak.
Floating Restaurant @ Tampi-tampi Resort
Klik imej utk paparan lebih besar. Foto-foto sekitar Tampi-tampi
Selepas meninggalkan Pulau Bohey Dulang, kami meneruskan perjalanan balik ke pekan Semporna.
Kami singgah di Pulau Labuhan Haji. Ianya adalah pulau besar yg berhampiran dengan pekan Semporna. Dihuni oleh orang-orang Bajau Laut. Ada banyak kampung di atas pulau tersebut.
Ada banyak kampung-kampung air di sepanjang pantai di pulau ini..
Sila klik "thumbnails" utk paparan imej yg lebih besar...
dari Pulau Sibuan kami ke Pulau Bohey Dulang. tapi kami telah ditahan oleh pihak polis marin kerana kami menggunakan bot nelayan... tapi polis marin di sana masih beradab.. kami tidak dibenarkan berlabuh di pulau tersebut oleh pegawai-pegawai taman laut Sabah.. kita memahami larangan dan tugas mereka itu.. namun cara dan kaedah mereka menjalankan tugas pada hari tersebut adalah sangat tidak beradab atau dgn kata ringkasnya "kurang ajar"..
sempatlah dirakamkan keindahan pulau tersebut dari atas bot nelayan yg kami sewa..
Rajawali Art Gallery akan mengadakan Pameran "Art Under 500" di MUZIUM SENI NEGERI PAHANG pada 6 Nov 2010, jam 2.00 petang.
Pameran akan dirasmikan oleh YB Datok Hj Shafiq Fauzan bin Shariff. Majlis pelancaran pameran juga akan turut dimeriahkan dengan bacaan puisi oleh Pyanhabib dan persembahan oleh Meor & Nik bin Jidan.
Jemput datang beramai-ramai. Anda mampu memiliki karya-karya seni oleh pengkarya-pengkarya terkenal negara yg ingin membuat amal dgn menawarkan harga di bawah RM500 utk setiap karya yg dipamerkan.