Sunday, March 25, 2018

BORA-BORA MONSOON

Biasanya saya suka merakamkan foto-foto matahari terbit atau terbenam (sunrise / sunset). Namun baru-baru ini minat baru pula timbul iaitu merakamkan suasana monsun (monsoon) dengan pukulan ombak membadai batuan pantai dan berlatarbelakangkan awan tebal berarak.

Berikut adalah sebahagian foto-foto monsun yang sempat saya rakamkan.

Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang






































































Kemasik, Kemaman, Terengganu




















"Sleeping Giant", Pantai Penunjuk, Kijal, Terengganu


















Foto-foto dirakam menggunakan NIKON D750. Sebahagian foto menggunakan lensa AF-S NIKKOR 14 - 24mm f/2.8G ED dan juga lensa AF-S NIKKOR 24-120mm f/4G ED VR. Ada juga foto yang dirakamkan dengan bantuan sistem penapis NiSi (Nisi Filter System) iaitu CPL, GND dan ND.

#nikondphotographers #nikonmalaysia #nikond750 #nikon #FX #iamfullframe #nikonschool #nikonasia #nisi #beautifulmalaysia #nisifiltersystem

Wednesday, November 22, 2017

SANTAI LENSA III - UUM

Alhamdulillah, pada 24 dan 25 Nov 2017 saya akan ke UUM, Sintok untuk program SANTAI LENSA III. Jumpa kita di sana.

Maklumat lanjut berkenaan program boleh didapati di SINI.


Friday, February 24, 2017

Nak beli foto..?

Anda ingin membeli foto-foto yg saya rakamkan. Saya ada jual di SINI.

Saya jual foto yg biasa-biasa di shutter stock seperti foto-foto daun, bunga, buahan, sayuran, petai, jering, kucing dan yg sewaktu dengannya. 


Jadi, untuk membeli sila klik link INI.





Kepada sahabat-sahabat jurufoto yg ingin menjana pendapatan dari shutterstock, boleh KLIK DI SINI.

Wednesday, January 25, 2017

Nature Photocamp (NPC) : Endau Rompin (Selai) 2017 : 29, 30 Apr, 1 Mei 2017


Perkhemahan Foto Alam atau "Nature Photocamp" (NPC) telah menjadi acara tahunan luarbiasafoto semenjak tahun 2008.


Kita telah mengadakan NPC di beberapa lokasi bermula dari Ulu Dong, Jeram Perahu, Tasik Bading (Royal Belum), Endau Rompin (Selai), Jeram Mengaji (kerjasama dgn KLIK). Namun Ulu Dong adalah lokasi paling kerap diadakan NPC, iaitu di Chalet Pak Akob, Lata Lubuk Semak. 

Tradisi NPC ialah perkongsian ilmu fotografi secara PERCUMA. Alhamdulillah, ramai juga pemfoto-pemfoto yang bermula perjalanan fotografinya melalui NPC. 


Tema NPC 2017 - Taman Negara Endau Rompin (SELAI) ialah "SENI FOTO ALAM (Art in Nature Photography)".

Insyallah kita akan menjemput beberapa orang sahabat pemfoto yang bergiat di dalam foto alam untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama kita. Insyallah, kali ini kita akan memberi penekanan kepada NILAI SENI dan KUALITI foto-foto alam yg akan dihasilkan.

Seperti biasa, NPC adalah PERCUMA (tiada yuran) cuma kita pakat tanggung kos makan dan pengangkutan kita sendiri.

NPC di Endau Rompin - Selai adalah kali yang kedua, kali pertama kita adakan NPC di Selai pada tahun 2010. Alhamdulillah, pada tahun ini, sekali lagi kita bekerjasama dengan Perbadanan Taman Negara Johor, yang akan menyediakan 4WD untuk pengangkutan ke Taman Negara Endau Rompin - Selai, penginapan dan tapak perkhemahan.

Manakala hadiah-hadiah menarik untuk pemenang Pertandingan Foto Alam ditaja oleh LEE Photo (http://www.leephoto.com.my/)

Insyallah, pihak Perbadanan Taman Negara Johor akan mengadakan pameran foto alam di Johor Bahru, tarikh dan lokasi akan diberitahu kelak. Hasil-hasil terbaik dari setiap peserta akan dipamerkan nanti, insyallah.

UNTUK MENYERTAI NPC SELAI 2017, SILA ISIKAN BORANG PENYERTAAN DI SINI.


* Foto Cacing Pipih (flatworm) telah dirakamkan semasa NPC Selai 2010.








Wednesday, November 16, 2016

Free Wallpaper 02

Kepada sahabat-sahabat yg ingin menggunakan foto ini sebagai wallpaper desktop atau PC anda, silakan.

Keterangan foto :

Dirakamkan di kawasan Peranginan Batu Hampar, Yan, Kedah Darul Aman. Air Terjun Batu Hampar terletak di kaki Gunung Jeran dan tidak jauh daripada Pekan Yan.

Klik foto untuk ke saiz wallpaper dan "save image as".



Tuesday, November 15, 2016

Free Wallpaper 01

Kepada sahabat-sahabat yg ingin menggunakan foto ini sebagai wallpaper desktop atau PC anda, silakan.

Keterangan foto :

Dirakamkan di Daerah Yan, Kedah Darul Aman. Embun pagi membasahi daunan padi disimbah sinar mentari yang baru terbit begitu menyegarkan pandangan mata. 

Klik foto untuk ke saiz wallpaper dan "save image as".


Thursday, September 29, 2016

Seminar "PHOTO EXPOSED" di UIAM, Kampus Kuantan

Insyallah, saya dijemput untuk berkongsi tips-tips dan pengalaman fotografi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Kuantan pada 15 Okt 2016.

Sahabat-sahabat yang ingin mendengar dan mendapat manafaat dari seminar ini bolehlah mendaftar.

Sila KLIK poster ini.




Seminar     : "PHOTO EXPOSED"

Tarikh        : 15 OKT 2016 (Sabtu)

Tempat      : Examination Hall, One Stop Student Centre, UIAM, Kampus Kuantan.

Masa         : 9.00 am - 1.00 pm

Yuran        : RM30.00 sahaja

Untuk pendaftaran atau pertanyaan sila hubungi/sms/WhatsApp Bro Hamzah di talian 019-6651542 atau 09-5704105.

Untuk pendaftaran "online" SILA KLIK di SINI.