Wednesday, January 25, 2017

Nature Photocamp (NPC) : Endau Rompin (Selai) 2017 : 29, 30 Apr, 1 Mei 2017


Perkhemahan Foto Alam atau "Nature Photocamp" (NPC) telah menjadi acara tahunan luarbiasafoto semenjak tahun 2008.


Kita telah mengadakan NPC di beberapa lokasi bermula dari Ulu Dong, Jeram Perahu, Tasik Bading (Royal Belum), Endau Rompin (Selai), Jeram Mengaji (kerjasama dgn KLIK). Namun Ulu Dong adalah lokasi paling kerap diadakan NPC, iaitu di Chalet Pak Akob, Lata Lubuk Semak. 

Tradisi NPC ialah perkongsian ilmu fotografi secara PERCUMA. Alhamdulillah, ramai juga pemfoto-pemfoto yang bermula perjalanan fotografinya melalui NPC. 


Tema NPC 2017 - Taman Negara Endau Rompin (SELAI) ialah "SENI FOTO ALAM (Art in Nature Photography)".

Insyallah kita akan menjemput beberapa orang sahabat pemfoto yang bergiat di dalam foto alam untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama kita. Insyallah, kali ini kita akan memberi penekanan kepada NILAI SENI dan KUALITI foto-foto alam yg akan dihasilkan.

Seperti biasa, NPC adalah PERCUMA (tiada yuran) cuma kita pakat tanggung kos makan dan pengangkutan kita sendiri.

NPC di Endau Rompin - Selai adalah kali yang kedua, kali pertama kita adakan NPC di Selai pada tahun 2010. Alhamdulillah, pada tahun ini, sekali lagi kita bekerjasama dengan Perbadanan Taman Negara Johor, yang akan menyediakan 4WD untuk pengangkutan ke Taman Negara Endau Rompin - Selai, penginapan dan tapak perkhemahan.

Manakala hadiah-hadiah menarik untuk pemenang Pertandingan Foto Alam ditaja oleh LEE Photo (http://www.leephoto.com.my/)

Insyallah, pihak Perbadanan Taman Negara Johor akan mengadakan pameran foto alam di Johor Bahru, tarikh dan lokasi akan diberitahu kelak. Hasil-hasil terbaik dari setiap peserta akan dipamerkan nanti, insyallah.

UNTUK MENYERTAI NPC SELAI 2017, SILA ISIKAN BORANG PENYERTAAN DI SINI.


* Foto Cacing Pipih (flatworm) telah dirakamkan semasa NPC Selai 2010.








No comments: