Friday, December 25, 2009

CARA-CARA UTK SHOT MACRO & CLOSE UP

Ada berbagai cara sebenarnya...
lain orang lain caranya...

namun kita kena faham konsep macro/micro/close up nih...
perkara yg paling penting utk difahami ialah DOF dan pengcahayaan...

kawan terangkan dulu berkenaan 2 perkara ini baru kawan terangkan yg lain-lain.. insyallah..

1- Depth Of Field (DOF)

Berkenaan apa itu DOF, sahabat-sahabat boleh cari sendiri dalam internet nih... sudah banyak kali diterangkan dan dibincangkan...
Apa yg kawan nak kongsikan ialah mengenai DOF semasa shot macro dgn menggunakan lensa macro/micro..

Oleh kerana binaan lensa macro dan ratio 1 : 1 atau lebih jika ada penambahan aksesori spt ET dan filter...
maka DOF utk macro menjadi sangat sempit, cetek atau "shallow" bak kata org beloh-beloh Kg Bantal nun...

Secara mudohnya... utk shoot macro nih kena menggunakan nilai F yg besar atau bukaan aperture yg kecil... cthnya F 16 ke atas...
kalau tidak mata dan kepala ajer sharp tetapi badan subjek akan kabur atau blur..
contohnya foto-foto ini... (sila klik kalau nak nengok gambor yg lebih besor)

# mentadak...

Posted Image

# penyengat..

Posted Image

# Shield Bug

Posted Image

Oleh itu gunakanlah nilai F yg besar.... melainkan kalau jarak kita dgn subjek agak jauh.. boleh laa guna F yg rendah kerana subjek bukan berada pada jarak 1 : 1...

kawan sendiri biasanya menggunakan F 22 keatas... kadang-kadang sampai F 40 (kalau guna ET boleh dapat sampai F 64)... bergantung kepada saiz subjek dan angle...
kita hendaklah meng"optimum"kan DOF seluas mungkin utk merakamkan subjek... supaya satu-satu subjek tersebut sharp seluruhnya...

Contohnya :

# Mentadak kecil ini...

Posted Image

# Ulat Bulu...

Posted Image

# Kumbang...

Posted Image

# Flat Worm...

Posted Image

# Bunga Putih

Posted Image

Walaubagaimana pun... penggunaan nilai F bergantung kepada foto yg sahabat-sahabat kehendaki...
kalau nak berseni dgn meng"sharp"kan sebahagian dan mem"blur"kan sebahagian, terpulang kepada selera masing-masing..

Namun perlu diingat... kalau shot serangga atau apa-apa makhluk halus... MATA subjek mesti SHARP....

Kalau shot bunga pula.. kawan suka juga menggunakan nilai F yg agak rendah spt F 10 utk berseni...

Contohnya... foto stigma bunga liar ini...

Posted Image

OK... kawan rasa... dgn sedikit penjelasan nih sahabat-sahabat boleh faham doh... insyallah...
nanti kalau buat latihan... insyallah akan LEBIH FAHAM..

kawan akan sambung lagi nanti berkenaan pengcahayaan dan yg seterusnya... insyallah..

No comments: