Friday, December 18, 2009

PERALATAN-PERALATAN UTK MACRO & CLOSE UP

ini adalah peralatan-peralatan asas utk shot macro/micro/close-up..

1- Kamera....

2- lensa macro - ada beraneka jenis lensa macro...
pilihlah yg "dedicated macro lens" iaitu yg rationya 1 : 1

3- flash

peralatan tambahan

1- magnifying glass (close up filter) contohnya "raynox"...

2- Extension Tube (ET) - tujuannya utk menambahkan lagi "focal length" meningkatkan ratio kpd 2 : 1, 3 : 1 dan seterusnya... zaman dulu kita guna bellow...

3- diffuser - boleh juga guna yg DIY.. kawan guna tracing paper ajer...

4- Tripod - perlu utk still life... utk shot makhluk hidup macam serangga halus tidaklah berapa praktikal...
kawan pun tak pernah guna tripod nih utk shot macro...

Sekiranya sahabat-sahabat tak ada lens macro...
tak apa... boleh gunakan 50mm atau apa-apa lens dgn tambahan magnifying glass spt raynox atau hoya... tapi hasilnya tidaklah sebaik menggunakan "dedicated macro lens"..

teknik "reverse lens" juga boleh digunakan... (boleh search kat google tentang teknik ni)
jadinya sahabat-sahabat masih boleh berkarya walaupun tiada lens macro.. no problem...
makanya tak ada alasan utk tidak shot macro dan menyertai latihan kali ini..

Berkenaan kawan pulok... utk makluman...
biasanya kawan shot macro menggunakan D40 (sebab dia ringan), Tamron SP 90, ET Kenko (36mm), Raynox M-250 dan SB800 beserta DIY diffuser...

Sila rujuk video ini... kredit kpd MatJeri yg sudi rakamkan video kawan set up kamera utk shot macro..



~ akan bersambung ~