Friday, January 15, 2010

CARA & KAEDAH SHOT MACRO/CLOSE UP

~ sambungan ~

Cendawan di Taman Negara Endau Rompin (Selai), Johor Darul Takzim
CARA & KAEDAH SHOT MACRO & CLOSE UP

Kawan harap sahabat-sahabat dah faham berkenaan tujuan, peralatan-peralatan yg perlu utk shot macro, DOF, pengcahayaan dan seting-setting penting utk shot macro...

kawan tamboh sikit lagi... tentang cara dan kaedah utk shot macro..

1- Mencari subjek

Subjek utk macro ni ada banyak... dalam rumah, tepi rumah, belakang rumah, dalam taman, dalam pejabat dalam semak, belukor sampailaa ke dalam hutan..

boleh kata di mana sahaja ada subjek utk dimacrokan... daripada benda-benda biasa, benda tak bernyawa sehinggalah kepada tumbuh-tumbuhan dan serangga...

semuanya bergantung kpd kreativiti dan minat sahabat-sahabat... sebab ada org suka shot bunga...
ada org suka shot buah-buahan... sayuran... ada org suka shot paper clip.. ada org suka shot duit syiling..
ada org suka shot spider, semut dan macam-macam lagi..

OK... kalau benda tak bernyawa... senang cerita.. boleh guna tripod dan sebagainya.. kalau still life kita boleh create set up yg kita inginkan...

tetapi kalau nak shot benda-benda hidup seperti serangga, rerama, mengkarung, katak, ular dsbg...
utk mencari subjek ni kita perlu tahu di mana habitat makhluk yg kita ingin shot... kena laa study atau buat homework sikit..

Kalau kena masuk semak atau hutan... utk mencari subjek... kita hendaklah jalan perlahan-perlahan... mata kena "liar" memerhati... proses ini kita namakan SCANNING...

kalau nampak ada benda yg unik atau pelik sikit kita berikan tumpuan, tengok dgn lebih dekat... mungkin ianya subjek yg kita inginkan..

kalau confirm serangga yg kita cari.. approach dgn perlahan dan steady...
jangan takutkan atau kejutkan subjek kita tersebut.. adjust setting peralatan kita, focus dan shot...

Ada subjek mudah utk dishot...
kalau baru nak belajar dan berlatih shot macro... kawan sarankan shot bunga-bungaan dahulu..
lepas tu baru shot makhluk hidup seperti serangga..

Sewaktu mencari subjek atau semasa outing di dalam hutan atau mana-mana semak... pastikan keselamatan diri..
sebaik-baiknya ada kawan yg bersama kita.. senang kalau apa-apa hal kecemasan berlaku..

pakailah pakaian yg sesuai... kerana dalam semak atau hutan ada macam-macam makhluk berbisa...

paling baik baca doa masuk hutan..

Image


insyallah.. Allah swt pelihara kita..

No comments: