Friday, January 1, 2010

SETTING (Macro photography)

kali nih kawan nak sambung sikit berkenaan setting semasa shoot macro...
hari tu kawan dah cerita tentang DOF & pengcahayaan...
hari nih sambung sikit berkenaan shutter speed dan setting-setting lain..

Focusing.... manual... kalau AF... nanti dia hunting... tak sempat nak shot subjek dah melompat atau hilang...
tapi kalau guna Olympus... AF dia utk shot macro sgt cemerlang...

utk shot macro... khususnya shot makhluk kecil/halus yg tak pandai nak duduk diam..
kena gunakan speed yg tinggi... biasanya kawan gunakan speed 1/100 ke 1/125.. tetapi ada juga yg 1/80...
paling slow pun 1/60... bergantung kpd subjek...

ISO biasanya 200... itu pun yg paling rendah D70s atau D40 kawan boleh buat...

kalau low speed... kita tak akan dapat "freeze"kan pergerakan subjek..

kadang-kadang subjeknya diam...
tetapi daun tempat dia lepak tu tak diam disebabkan oleh tiupan angin... mudah ajer... peganglah daun tu..

No comments: