Sambung sikit lagi..
Gambor kawan berlatar belakangkan Stesyen Keretapi Chengdu.
Pada petang 24 Apr, kami menaiki keretapi ke Kunming meninggalkan kota Chengdu. Perjalanan mengambil masa 18 jam. Keretapi Chengdu -Kunming ini sangat selesa. Kami menaiki gerabak kelas II "sleeper", maknanya ada katil. Setiap bahagian ada katil 3 tingkat. Tiket keretapi (Chengdu - Kunming) berharga 248 yuan.
Sepanjang perjalanan kami sibuk merakamkan foto-foto keindahan desa dan ladang di antara negeri Sichuan dan Yunnan.
Foto-foto yg sempat kawan abadikan dari dalam keretapi.
Mentari pagi dari dalam gerabak kami.. Kelihatan Abg Aziz, Sulaiman dan Hj Muhammad...
Kami tiba di Kota Kunming pada 25 April jam 10.20 pagi. Kami menginap di Kunming Railway Hotel. Selesa dan murah. Sebelah petangnya kami ke Green Lake. Dari hotel kami naik Bas No 2 dengan harga tiket 1 yuan sahaja utk ke Green Lake.
Foto-foto sekitar Green Lake.
Sewaktu di Green Lake hujan gerimis, jadi tidak banyak foto yg dapat kami abadikan. Selepas itu kami kembali ke hotel. Alhamdulillah, sunset pada hari itu begitu indah sekali.
Pemandangan Stesyen Keretapi Kunming dari bilik kami.
pada sebelah malamnya kami makan di Restoran Hj Saifullah yg terletak tidak berapa jauh dari hotel. Makanannya sangat enak dan harganya sangat berpatutan.
Nasi goreng dan daging bersayur yg best...
klik foto utk view yg lebih besar.. akan bersambung.. insyallah

1 comment:
Lovely
Post a Comment