Monday, October 1, 2012

Kembara Foto ke China (Siri 5) : Yuanyang, Yunnan, China

:: Yuanyang, Yunnan, China ::

Image

dari Kunming, kami kembara ke Yuanyang. Saya mengetahui mengenai Yuanyang daripada Jonathan Tai, seorang kenalan dari Kuching, Sarawak. Beliau telah 4 kali ke Yuanyang. Sewaktu mesyuarat Nikon Club di Port Dickson, beliau telah menceritakan mengenai keindahan Yuanyang dan menunjukkan foto-foto yang beliau perolehi sewaktu kembara di sana. Maka saya memasukkan Yuanyang sebagai salah satu destinasi dalam kembara kami ke China.

Ini adalah Terminal Bas Kunming Selatan. Terminal Bas ini sangat besar, macam lapangan terbang bahkan lebih besar dari airport Kuantan.




Perjalanan dengan bas ekspress sekitar 8 jam dari kota Kunming. Pada waktu petangnya kami sampai di Yuanyang. Kami disambut oleh Belinda. Beliau mengusahakan guesthouse di pekan Yuanyang ini bersama suaminya. Beliau fasih bertutur di dalam bahasa Inggeris. Kepada sesiapa yg ingin ke Yuanyang tidak rugi kalau menginap di guesthouse milik beliau, orangnya baik, ramah dan sangat membantu. kadar bilik adalah sangat berpatutan, hanya RM60 utk satu bilik.

Selepas check in, pada petang itu kami keliling sekitar pekan Yuanyang. Saya dan Hj Mohamad pergi ke Yuanyang Square. Di sana ramai penduduk Yuanyang dari segenap lapisan berkumpul. Ada yg bersenam, ada yang menari, ada yg membawa anak bermain dan macam-macam aktiviti di sana. pendek cerita Yuanyang Square adalah pusat aktiviti riadah dan hiburan di sana.

Ini foto anak-anak kecil di Yuanyang Square.



Keesokan paginya, seawal jam 5.00 pagi kami telah keluar ke Kg. Duoyishu (多依树) untuk merakamkan matahari terbit. Kami ke sana dengan van sewa pada kadar RM150.00 sehari. Manakala tiket masuk ke kampung-kampung utk memfoto padi bertingkat itu adalah RM 50.00 sehari. Tiket seminggu lebih murah lagi kadarnya. Guesthouse Belinda tidak jauh dari stesyen bas Yuanyang. Sekitar 400 meter sahaja.

Kemudahan yg disediakan di Kg. Duoyishu sangat "photographer friendly". Platform utk mengambil gambar boleh menampung sekitar 500 org jurufoto utk satu-satu masa.

Ini adalah sedikit foto yg saya rakamkan di sana.










Selesai shot di Kg Duoyishu, kami ke pasar Yuanyang. Di sana ada macam-macam gelagat manusia dan peluang utk shot human interest sangat banyak. Yang menariknya, penduduk di sana keluar rumah dengan memakai pakaian tradisional mereka. Di sana ada 2 suku yg besar iaitu orang Hani dan orang Yi, mereka boleh dikenali dari cara mereka berpakaian.
Ini sedikit foto-foto yg saya rakamkan di pasar Yuanyang.
Ibu dan Anak




Nenek dan Cucunya (Traditional vs Modern)




Bergotong-royong




Menghisap paip tradisional



Pada sebelah petangnya kami keliling kampung-kampung di sebelah Barat Yuanyang pula. Di sana padinya telah indah menghijau, sekiranya kami datang lewat sedikit mungkin kami berkesempatan utk merakamkan padi yg menguning.

Ini pandangan padi menghijau di Kg Laohuzui (老虎嘴)


.

Insyallah kalau ada umur dan rezeki, kami akan ke Yuanyang lagi. Lebih banyak foto boleh dilihat di SINI....

Video suasana sunrise di Duoyishu Village.


No comments: