Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Friday, February 15, 2013

Gunung Rinjani




Gunung Rinjani terletak di pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat (NTB), Indonesia.
Sekarang sudah mudah untuk ke sana kerana sudah ada penerbangan terus Air Asia ke Mataram, ibu kota Lombok. Kalau dulu, kami ke sana melalui Denpasar, Bali.

Gunung Rinjani adalah gunung berapi yang kedua tertinggi di Indonesia, ketinggiannya 3,726 meter dari paras laut.

Saya bersama sahabat-sahabat luarbiasafoto.com sudah 3 kali ke sana semenjak tahun 2009. Akhirnya pada Julai 2012 kami berjaya ke puncak Rinjani.

Foto-foto di puncak Rinjani.




Pemandangan di Pelawangan Senaru.




Pemandangan di Pelawangan Sembalun.





I am using FLM Ball head.


.

Monday, October 1, 2012

Kembara Foto ke China (Siri 5) : Yuanyang, Yunnan, China

:: Yuanyang, Yunnan, China ::

Image

dari Kunming, kami kembara ke Yuanyang. Saya mengetahui mengenai Yuanyang daripada Jonathan Tai, seorang kenalan dari Kuching, Sarawak. Beliau telah 4 kali ke Yuanyang. Sewaktu mesyuarat Nikon Club di Port Dickson, beliau telah menceritakan mengenai keindahan Yuanyang dan menunjukkan foto-foto yang beliau perolehi sewaktu kembara di sana. Maka saya memasukkan Yuanyang sebagai salah satu destinasi dalam kembara kami ke China.

Ini adalah Terminal Bas Kunming Selatan. Terminal Bas ini sangat besar, macam lapangan terbang bahkan lebih besar dari airport Kuantan.




Perjalanan dengan bas ekspress sekitar 8 jam dari kota Kunming. Pada waktu petangnya kami sampai di Yuanyang. Kami disambut oleh Belinda. Beliau mengusahakan guesthouse di pekan Yuanyang ini bersama suaminya. Beliau fasih bertutur di dalam bahasa Inggeris. Kepada sesiapa yg ingin ke Yuanyang tidak rugi kalau menginap di guesthouse milik beliau, orangnya baik, ramah dan sangat membantu. kadar bilik adalah sangat berpatutan, hanya RM60 utk satu bilik.

Selepas check in, pada petang itu kami keliling sekitar pekan Yuanyang. Saya dan Hj Mohamad pergi ke Yuanyang Square. Di sana ramai penduduk Yuanyang dari segenap lapisan berkumpul. Ada yg bersenam, ada yang menari, ada yg membawa anak bermain dan macam-macam aktiviti di sana. pendek cerita Yuanyang Square adalah pusat aktiviti riadah dan hiburan di sana.

Ini foto anak-anak kecil di Yuanyang Square.



Keesokan paginya, seawal jam 5.00 pagi kami telah keluar ke Kg. Duoyishu (多依树) untuk merakamkan matahari terbit. Kami ke sana dengan van sewa pada kadar RM150.00 sehari. Manakala tiket masuk ke kampung-kampung utk memfoto padi bertingkat itu adalah RM 50.00 sehari. Tiket seminggu lebih murah lagi kadarnya. Guesthouse Belinda tidak jauh dari stesyen bas Yuanyang. Sekitar 400 meter sahaja.

Kemudahan yg disediakan di Kg. Duoyishu sangat "photographer friendly". Platform utk mengambil gambar boleh menampung sekitar 500 org jurufoto utk satu-satu masa.

Ini adalah sedikit foto yg saya rakamkan di sana.










Selesai shot di Kg Duoyishu, kami ke pasar Yuanyang. Di sana ada macam-macam gelagat manusia dan peluang utk shot human interest sangat banyak. Yang menariknya, penduduk di sana keluar rumah dengan memakai pakaian tradisional mereka. Di sana ada 2 suku yg besar iaitu orang Hani dan orang Yi, mereka boleh dikenali dari cara mereka berpakaian.
Ini sedikit foto-foto yg saya rakamkan di pasar Yuanyang.
Ibu dan Anak




Nenek dan Cucunya (Traditional vs Modern)




Bergotong-royong




Menghisap paip tradisional



Pada sebelah petangnya kami keliling kampung-kampung di sebelah Barat Yuanyang pula. Di sana padinya telah indah menghijau, sekiranya kami datang lewat sedikit mungkin kami berkesempatan utk merakamkan padi yg menguning.

Ini pandangan padi menghijau di Kg Laohuzui (老虎嘴)


.

Insyallah kalau ada umur dan rezeki, kami akan ke Yuanyang lagi. Lebih banyak foto boleh dilihat di SINI....

Video suasana sunrise di Duoyishu Village.


Sunday, May 13, 2012

Kembara Foto ke China : Siri 1 - Jiuzhaigou, Sichuan

Alhamdulillah, pada 20 Apr 2012, kawan bersama 4 orang sahabat telah berlepas ke Chengdu, China dari LCCT. Penerbangan dgn Air Asia X mengambil masa lebih kurang 4 jam setengah. Rasanya hanya kami 5 orang Melayu di dalam penerbangan tersebut.

Kami bermalam di Lapangan Terbang Chengdu, tidur bergilir-gilir kerana perlu ada orang yg berjaga utk memastikan keselamatan barang-barang kami, khususnya beg-beg kamera. Lebih kurang pukul 4 pagi kami gerak dgn sebuah van "sapu" ke terminal bas ekspress utk ke Jiuzhaigou. Kami solat subuh dan menunggu terminal dibuka pd jam 7.00 pagi.

Alhamdulillah ada tiket utk ke Jiuzhaigou. Tiket berharga 178 yuan, lebih kurang RM 89.00. Bas kami dijadualkan bertolak pada jam 9.00 pagi. Sunrise pagi itu begitu indah sekali. Mentarinya membulat kuning bersinar. Kami shot sunrise dan selepas itu sarapan pagi dgn bekalan roti yg kami bawa dari tanahair. Selesai sarapan kami mencari kad sim. Masalah utama kami ialah BAHASA, tidak ramai orang China yg boleh berbahasa Inggeris. Setelah bertanya di beberapa kedai, kami gagal mendapatkan kad sim. Akhirnya, kawan bertanya di kaunter informasi pelancung. Alhamdulillah, pegawai tersebut boleh memahami bahasa Inggeris walaupun beliau tidak mahir bertutur. Beliau membawa kami berjumpa dgn pegawai atasan di Pejabat Pelancungan yg terletak di dalam bangunan Terminal Bas Cha dianzi itu. Alhamdulillah, kami menerima kad sim "China Mobile" percuma dari pegawai atasan tersebut. Kami hanya perlu menyerahkan passport antarabangsa kepada beliau utk tujuan pendaftaran. Katanya "China Mobile" memang ada menyediakan kad sim percuma utk pelancung dari luar negara. Kad sim tersebut telah ada nilai sebanyak 20 yuan dan kami boleh menghubungi keluarga serta boleh mengakses internet.

Tepat jam 9.00 pagi, bas ekspress kami bertolak ke Jiuzhaigou. Perjalanan selama 10 jam. Memang jauh perjalanan menyusuri sungai dan gunung-ganang tetapi pemandangannya begitu indah sekali. 10 jam tidak terasa. Sampai di bandar Huanglong, pemandangan bertambah indah dgn gunung-ganang bersalji. Terasa seperti di Eropah. Sepanjang perjalanan kami mengambil foto dan video.

Lebih kurang hampir jam 7.00 petang kami sampai di Jiuzhaigou. Sudah ada wakil atau agen dari hotel berhampiran yg menunggu kami. Hotelnya dihiasi dgn seni binaan Tibet, selesa dan murah. Semalam hanya 150 yuan (RM75.00). Petang itu kami berjalan-jalan sekitar pekan kecil Jiuzhaigou sambil mencari kalau-kalau ada restoran Muslim di sana, malangnya tidak ketemu. Ada banyak hotel dan guest house di sekitar pekan kecil ini, rasanya bangunan hotel lebih banyak dari kedai.

Malam itu selepas isyak, Badins dan Hj Muhammad telah menemui Restoran Muslim yg terletak tidak berapa jauh dari hotel kami. Satu-satunya Restoran Muslim di pekan itu. Pemiliknya bernama Azman. Kami makan malam di situ.

Keesokan paginya kami ke Jiuzhaigou National Park yg telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Tiket masuknya berharga 220 yuan dan tiket bas di dalam taman negara itu ialah 90 yuan, semuanya 310 yuan (RM 155.00). Walaupun tiketnya mahal tetapi setiap hari sekitar 3,000 orang pelancung mengunjungi taman negara itu. Taman Negara Jiuzhaigou boleh menerima kunjungan maksima sehingga 5,000 orang setiap hari. Majoriti pengunjung yg datang adalah dari dalam negara China sendiri. Maklumat mengenai taman negara itu boleh dibaca di SINI...

Berikut adalah foto-foto yg sempat kawan shot di sana :

Pearl Shoal Waterfall

Image

Image

Nuo Ri Lang Waterfall

Image

Mirror Lake

Image

Shuzheng Creek

Image

Shuzheng Waterfall

Image

Taman Negara itu dibuka dari jam 7.00 pagi hingga 6.30 petang. Kami gagal mengelilingi taman negara tersebut kerana kesuntukan masa. Insyallah bulan Oktober nanti kami akan repeat lagi.

* Sila klik foto utk paparan yg lebih besar. 

Lebih banyak foto ada di Flickr kawan nih ....

Sedikit video yg sempat kawan rakamkan di sana..



   

Lebih banyak video ada di My YouTube Channel

English version :

Alhamdulillah, on April 20, 2012, with four of my friends left for Chengdu, China from LCCT. Flights with Air Asia X takes approximately 4 hours and a half. Only 5 of us were the Malays in the airline.

We spent the night at Chengdu Airport, we take turns sleeping because there must be people on guard to ensure safety for our luggage and camera bags in particular. About 4 am we move with a van to the terminal for express buses to Jiuzhaigou. We performed morning prayers and wait for the terminal to be opened at 7.00 am.

Alhamdulillah, there are tickets for the Jiuzhaigou. Tickets are priced at 178 yuan, about RM 89.00. Our bus is scheduled to depart at 9.00 am. Sunrise in the morning was so beautiful. We shot the sunrise and after breakfast with our supply of bread that we brought from Malaysia. Finished breakfast we find sim card. Our main problem is LANGUAGE , not many Chinese can speak English. After asking at some stores, we failed to get a sim card. Finally, a friend asked at tourist information counters. Alhamdulillah, the officer can understand English even though she was not speaking. She took us to meet with senior officer in the Cha dianzi Bus Terminal Tourism Office . Alhamdulillah, we awarded by "China Mobile" sim card for free from the superiors. We only need to submit to him our international passport for registration purposes. He said that "China Mobile" provides a free sim card for tourists from abroad. The sim card has a value of 20 yuan and we can call family and can access the internet.

At exactly 9.00 am, we departed for express buses to Jiuzhaigou . Travel for 10 hours. It's far along the river and surrounded by the mountains, but the scenery was beautiful. 10 hours does not feel. Arriving at the city Huanglong, more beautiful scenery with snowy mountains. Feels like in Europe. Along the way we take photos and video.

More or less close at 7.00 pm we arrive at Jiuzhaigou. Already have a representative or agent of a hotel nearby was waiting for us. A lodge decorated with Tibetan architecture, comfortable and cheap. Room cost us 150 yuan (RM75.00). That evening we stroll around the small town of Jiuzhaigou while looking in case any Muslim restaurants there, unfortunately we didn't found one. There are many hotels and guest house in this small town, it felt more hotel building from the store.

That night after Isha, Badins and Hj Muhammad had found Muslim restaurant not far from our hotel.The only Muslim restaurant in town. The owners named Azman. We ate dinner there.

The next morning we went to Jiuzhaigou National Park, it was gazetted as a World Heritage Site by UNESCO. Entry tickets priced at 220 yuan and a bus ticket in the national park is 90 yuan, all 310 yuan (RM 155.00). Although expensive ticket, but every day approximately 3,000 people visit the park's tourists. Jiuzhaigou National Park can receive a maximum of up to 5,000 people visit each day. The majority of visitors are from China itself. Information on national parks that can be read in HERE ...

Sunday, May 8, 2011

Ekspedisi Lakar Endau Rompin

Alhamdulillah pada 22 - 25 Mei yg lepas kawan diundang utk menyertai ekspedisi seni ke Taman Negara Endau Rompin (Peta), Mersing, Johor...

Ekspedisi ini adalah ekspedisi SENI yg berjaya mengumpulkan 36 orang pelukis-pelukis dari seluruh tanahair termasuk dari Sabah & Serawak...

Ekspedisi ini adalah anjuran Gabungan Persatuan Pelukis Se Malaysia (GAPs) dan ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Negeri Johor dan Perbadanan Taman Negara Johor...

Pada 22 Mei tu kami berkumpul di Balai Polis Kahang... selepas taklimat ringkas oleh pihak urusetia... kami dibawa ke Taman Negara Endau Rompin menaiki kenderaan pacuan 4 roda (4WD)... perjalanan sejauh 56KM... kurang lebih 2 jam setengah melalui jalan balak....

Kawan share sedikit sebanyak gambar-gambar yg kawan abadikan utk tatapan rodong-rodong.... lebih banyak gambor ada di SINI ...

Hari Pertama

Gambar-gambar sewaktu menuju ke Taman Negara Endau Rompin (Peta)...


Image

Image Image Image

Group photo masa sampai di kompleks pelawat Taman Negara Endau Rompin...

Image

Image Image

Komples Pelawat di Taman Negara Endau Rompin (Peta)

Image

Image Image

Sementara tunggu lunch disediakan...

kawan layan macro kat tepi-tepi komplek pelawat Taman Negara tu...
macam-macam ada....

Leaf Weevil....

Image

Klik utk image yg lebih besar..

Image Image Image Image Image Image


Sesi suaikenal selepas makan malam...

YM Dato' Tengku Alaudin (YDP GAPs)

Image

Beberapa orang pelukis-pelukis tersohor negara... klik utk imej besar dan maklumat mengenai mereka..

Image Image Image Image Image Image Image

Hari kedua...

Sebelah paginya kami ke Kg Peta... perkampungan orang asli dari suku Jakun yg paling jauh di pendalaman negeri Johor..

Sg Endau dari Kg Peta..


Image

Image Image Image

Masa kat Kg Peta tu... sempat juga kawan layan macro...

Wasp... org kg kawan panggil nih "angkut-angkut"

Image

Image Image

Peringat nak isap madu bunga jarum...

Image

Sg Endau dari tebing tinggi di Kg Peta... kelihatan juga Gunung Janing dari kejauhan...

Image

Image Image

Pakcik Hannan dan Abd Ghani Ahmad sedang berkarya...

Image

berbagai aksi-aksi pelukis-pelukis tersohor tanahair berkarya...
klik thumbnails utk lihat gambar yg anda sukai...


Image Image Image Image Image Image

Artis berkarya di bawah pohonan kelapa...

Image

Lagi aksi pelukis berkarya... klik yg mana anda suka...

Image Image Image Image Image

on the way balik ke Taman Negara utk lunch... sempat juga kawan layan macro...

Wasp....

Image

Golden tortoise beetle..


Image Image

Rumah orang Jakun (HDR)

Image


Dah sampai di kompleks pelawat Taman Negara Endau Rompin...
sementara tunggu lunch siap...
para-para artis nih menyambung berkarya...

Patrick Lasak... menyiapkan karyanya... 3 berus sekali jalan... acrylic...
Patrick nih biasanya artwork dia 8 kaki ke atas... nama Lasak tu Sultan Kedah yg beri..

Image

Pakcik Osman Limat dan Osman bin Saidin berkarya...


Image Image Image

Dedaunan (Infrared)

Image

sekitar kompleks Taman Negara...


Image Image Image

Kehijauan...

Image

Semut madu...

Image Image

Komples Pelawat di Taman Negara Endau Rompin (Peta)

Image

Image Image

Selepas lunch... kami pergi ke "Nature Education & Research Center"... kurang lebih 25 minit naik bot..

Naik bot...


Image

Image Image Image

Welcome to NERC...

Image

Kompleks NERC..


Image

Malam tu ada upacara perasmian program Lakar Endau Rompin oleh Puan Asiah - Exco Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor.

Bersempena dgn perasmian tu karya-karya pada hari pertama itu telah dipamerkan walaupun banyak yg masih belum siap...

# 26 : Patrick Lasak memberi penerangan berkenaan karyanya kpd Pn Asiah..

Image

Gambar-gambar sekitar majlis perasmian... klik utk paparan besar...


Image Image Image Image Image Image

Hari ketiga

Kami akan bergerak ke Kuala Jasin... manakala kumpulan saya akan ke Upih Guling..

Guide memberikan briefing...

Image

Berdoa dan bergerak ke Jeti Kg Peta utk menaiki bot ke Kuala Jasin...


Image Image Image Image Image

Pemandangan di sekitar Sg Endau... dlm perjalanan ke Kuala Jasin... kurang lebih 45 minit dgn bot..

Image

Image Image

Hj Mahmud (Pelukis dari Kelantan) sedang menyiapkan karyanya semasa dalam perjalanan ke Kuala Jasin...
atas bot pun dia melukis.. memang tekun orangnya...


Image

Trekking melalui hutan buluh... najis gajah pun ada banyak di sini...

Image

Image Image Image

Panorama di Kuala Jasin... cantuman dari 8 foto...
Klik utk gambar besar..


Image

di Kuala Jasin....

Image

Pelukis-pelukis berkarya di Kuala Jasin..

Image Image

Kami dipecahkan kepada 3 kumpulan.. dan kawan menyertai Kumpulan Gajah...
kami ditugaskan utk trekking ke Kuala Marong, Tasik Biru dan Air Terjun Upih Guling... utk mengabadikan keindahan di sana..
kebanyakkan ahli kumpulan kami org muda... namun ada juga 2 org pelukis yg berumur... tapi mereka tidak dapat mengikuti kami..

Sekitar perjalanan kami ke Kuala Marong... kurang lebih sejam setengah trekking..

meniti jambatan gantung..


Image

mengharung sungai..

Image Image

Sampai di Kuala Marong...
kami berenti rehat.. makan tengahari sambil menikmati keindahan kelah-kelah merah berenang bebas..

Suasana pohonan di Kuala Marong..

Image

Guide kami.. Aboo (org asli suku Jakun)... platform nengok ikan kelah..


Image Image

Kelah-kelah merah berenang bebas tanpa gangguan di Kuala Marong...
boleh tengok ajer... pancing tak boleh.. denda RM 5,000.00..

Image

Geng Lampan pula datang & "Be Friendly To The Park"


Image Image

Tasik Air Biru..... tempat nih lubuk ajer sebenarnya... masih lagi Sg Jasin kat Kuala Marong...
tapi disebabkan orang-orang asli Jakun dah namakan dia sbg "tasik" maka kekallah nama tu...


Image

Image Image Image

Sg Jasin...

Image

Image Image

Jernih...

Image

Air Terjun Upih Guling dari kejauhan...

Image

Image Image

Air Terjun Upih Guling.. lebih dekat...

Image

Image Image

Lagi gambor Upih Guling...

Image

Image Image Image

lagi sikit Upih Guling... shot sebelum ujan turun..

Image

Image Image

Petang tu... balik dari Upih Guling.... sebelum masuk maghrib... sempat juga layan slow shutter di Kuala Jasin...

Jeram di Kuala Jasin..



Image

Image Image

Waktu maghrib di Kuala Jasin...

Image

Image Image Image

Hari keempat..
Rakaman foto di pagi keesokkannya pula...

Image

Image Image Image

Suasana pagi nan hening di Kuala Jasin...


Image

Image Image

Image

Image Image

Suasana pagi di Sg Endau semasa perjalanan pulang ke Kg Peta..

Image

Image Image

Rumah org Jakun di Kg Peta... masih ada yang dindingnya dari kulit kayu...

Image

Image Image

Suasana sekitar chalet di Taman Negara Endau Rompin (Peta)

Image

Klik thumbnails utk paparan besar..

Image Image Image Image Image Image

Rainforest...

Image

Image Image

Chalet di Taman Negara Endau Rompin (Peta)

Image

pelukis sdg berkarya..

Image Image

Gambor penutup...

Image

ada banyok lagi gambor... tapi kawan up ajer yg ini...

Kalau nak nengok set Lakar Endau Rompin sila ke SINI...


Pendekkan ceritanya, Taman Negara Endau Rompin memang BEST...
memang tak rugi ke sana... banyak pengalaman yg akan kita perolehi..
sedikit maklumat tentang Taman Negara Endau Rompin boleh dibaca di website Johor Parks ...