Saturday, February 22, 2014

Tok Gajah menundukkan Harimau Selatan

http://www.flickr.com/photos/2121studio/sets/72157640650217805/


Alhamdulillah pada 7 Feb 2014, skuad Tok Gajah (Pahang) telah berjaya mengulangi sejarah perlawanan pertama Liga Super 2013 dengan menundukkan pasukan Harimau Selatan yang dibarisi pemain-pemain bertaraf bintang dan antarabangsa Johor Darul Takzim  (JDT) 3 - 2. 

Bezanya kalau musim 2013 Pahang ketinggalan 0- 2 dan membuat "come back" untuk menang 3 - 2 manakala pada musim ini Pahang dan JDT saling berbalas jaringan sehingga di masa kecederaan Hafiz Kamal menjaringkan gol kemenangan Pahang. Perlawanan yang musim lalu ada kawan catitkan di SINI.

Kesebelasan utama kedua-dua pasukan.



 
Foto-foto sekitar perlawanan Liga Super di antara Pahang dan JDT. 
(Sila klik foto utk paparan yg lebih besar)






Gelagat penyokong Pahang yang penuh keceriaan. Rata-rata penyokong Pahang memakai jersi Pahang atau berbaju KUNING tanda sokongan padu. Orang Pahang memang BEH..!!!


 

Ini pula Ultras Pahang - Elephant Army dengan paduan chant dan paluan gendang penaik semangat Tok Gajah yg sedang berjuang.




Ini pula gelagat penyokong JDT yg datang dari jauh dengan penuh semangat kesukanan. Sebahagian besar penyokong JDT berjaket hitam dan bertopeng, mungkin ini cara mereka menyokong pasukan mereka.



Ronald Smith tersenyum penuh ceria apabila ditemubual pihak media sejurus selepas skuad bimbingan beliau menundukan pasukan Harimau Selatan yang dibarisi bintang.


 
Pemain Pahang menghargai para penyokong selepas perlawanan tamat.

 
 
Sebahagian dari rakan-rakan media yang sedang bertugas.




Lebih banyak foto-foto perlawanan Pahang vs JDT boleh dilihat di SINI.



I am using FLM ball head & Fotopro tripod.