Tuesday, October 22, 2013

Cara mudah membetulkan "Horizontal Line" menggunakan Photoshop

Bagi penggemar seni fotografi lanskap atau memfoto pemandangan yg indah, kadang-kadang sewaktu memfoto kita terambil foto yang mana kaki langit atau "horizontal line"nya senget.

Ada banyak cara dan perisian yg boleh kita gunakan utk membetulkannya. Hari ini saya kongsikan cara mudah, semudah 1, 2, 3 dan 4 untuk membetulkan garisan kaki langit menggunakan Photoshop. Walaupun ramai yang tahu bermacam cara untuk melakukannya, tapi saya kongsikan untuk sahabat-sahabat yang belum tahu. Ini cuma salah satu cara.

Kadang-kadang keadaan sewaktu kita memfoto menyebabkan foto lanskap kita senget. Contohnya gambar ini senget sebab saya shot dari dalam bas ekspress sewaktu dalam perjalanan pulang dari Jiuzhaigou ke Chengdu. Waktu ini bas sedang mengambil selekoh.

CARANYA :

Mula-mula buka fail foto di dalam Photoshop. Selepas itu ikut langkah di dalam "print screen" ini.
























Ini hasilnya, dah lurus molek.
























Ini foto perbandingan sebelum dan selepas.



































Sebetulnya cara ini kita boleh gunakan untuk membetulkan apa-apa foto yang senget dan tidak semestinya untuk foto-foto lanskap sahaja. Selamat mencuba kepada sahabat-sahabat semua.