Thursday, December 29, 2011

Pekan Royal Town Ride 2011

Image

Pada 25 Dis 2011, berlangsung acara "Kayuhan Bandar Di Raja Pekan" atau "Pekan Royal Town Ride". Jarak kayuhan sekitar 80KM, bermula dan berakhir di Taman Inderapura. Penyertaan dari ratusan peminat sukan berbasikal, ada yg menggunakan road bike, ada juga mountain bike.

Kawan, Shahreen, Hisyam dan rakan-rakan dari Persatuan Jurufoto Kuantan tidak melepaskan peluang utk shot kayuhan ini. Kawan bertuah kerana Mazlan datang ngan skuter besor. jadi kawan shot dari atas skuter, lebih fleksibel berbanding dgn shot dari atas kereta. Terima kasih banyok Mazlan dan juga En Syarif (tuan punya skuter). Jazakallah khair...

Kayuhan di rasmikan oleh YB Dato' Shafik Fauzan Sharif (ADUN Inderapura) - Exco Pelancongan, Kesenian, Warisan, Pembangunan Keluarga & Hal Ehwal Wanita. Beliau juga berkayuh pada hari tersebut.

YB Dato' Shafik Fauzan Sharif

Image

Image Image

Antara sahabat handai yg turut menyertai kayuhan ialah Dr Jamal, Big, Abg Abd Rahim Le Tua, Mat Jeri, Mizi, Azizul dan ramai lagi....

Rodong-rodong

Image Image Image
Image Image Image Image Image Image

Foto-foto sekitar "Pekan Royal Town Ride"..

Semangat persahabatan

Image

Para peserta mengayuh di hadapan Gerbang Penjara Penor..

Image

Tak jauh dah nak sampai di Pekan..

Image

Di hadapan Masjid Sultan Abdullah, Pekan

Image

Geng paling gagoh, breakaway..

Image

Pecutan di garisan penamat...

Image

Sila klik thumbnails utk paparan yg lebih besar..

Image Image Image Image Image Image
Image Image Image Image Image Image

Sebanyak 287 keping foto kawan upload.. kalau nok nengok sila ke set Pekan Royal Town Ride di flickr kawan...

Sesiapa yg ingin menyimpan memori indah mereka semasa berkayuh tempohari, boleh hubungi kawan melalui email (2121studio@gmail.com) atau PM di facebook utk mendapatkan pakej harga.. muroh-muroh ajer.. hok patut-patut..

Monday, October 3, 2011

Tips mudah merakam foto "SILHOUETTE"


Image

TIP MUDAH UNTUK MENGHASILKAN FOTO "SILHOUETTE"

Ramai dikalangan penggemar fotografi meminati foto-foto "silhouette", tetapi tidak tahu bagaimana untuk menghasilkannya. Kali ini saya berkongsi cara-cara dan tips mudah untuk menghasilkan foto "silhouette".

Secara mudahnya,"silhouette" ialah subjek yang gelap tanpa perincian (details) berlatarkan cahaya terang atau latar belakang yang terang. Ramai jurufoto gemar merakamkan foto-foto "silhouette" pada waktu matahari terbit (sunrise) atau waktu matahari terbenam (sunset) kerana keindahan cahaya keemasan pada kedua waktu tersebut adalah luarbiasa.

Cara mudah untuk menghasilkan foto "silhouette" dengan menggunakan mod "Manual" (M) :

1- Ambil bacaan "exposure" atau "metering" pada bahagian yang paling terang, contohnya kalau merakam gambar pemandangan, ambil bacaan "exposure" pada langit yang berhampiran dengan matahari. Biasanya kita menggunakan nilai F yang besar seperti F16 keatas dan kelajuan "shutter" ditentukan oleh bacaan "exposure".

2- Selepas mendapat bacaan "exposure", fokus pada subjek supaya subjek tidak kabur atau "blur", "compose" sebaik mungkin dan rakamkan foto tersebut dengan menekan butang shutter.

Dengan bahasa mudahnya, "meter" pada bahagian paling terang, fokus pada subjek, "compose" dan "shot".

Tips-tips tambahan :

1- Subjek hendaklah mempunyai daya tarikan yang kuat atau juga di dalam dunia fotografi sering disebut "strong point of interest". Maksudnya, kalau orang biar nampak orangnya, ada cerita atau aksi pada subjek tersebut. Salah satu cara mudah untuk melahirkan kekuatan pada subjek ialah dengan merakam pada sudut yang rendah (low angle). Usahakan subjek benar-benar timbul (outstanding) dan kalau "silhouette" orang, cuba cari sudut yang membolehkan bentuk hidung serta dagunya atau sisi muka jelas dalam bentuk "silhouette".

2- Elakkan subjek dari bercantum (merge) dengan apa-apa subjek "silhouette" yang lain. Ini akan menghasilkan foto yang ringkas dan menarik, yang juga biasa disebut sebagai "simple and clean".

Imej-imej "silhouette" juga terbahagi kepada "full silhouette" dan "semi silhouette" seperti contoh di bawah.

"Full silhouette" : subjek gelap sepenuhnya dan tidak kelihatan perincian pada subjek melainkan bentuk yg gelap sahaja.

Image

"Semi silhouette" : Subjek separa gelap dan ada bahagian-bahagian pada subjek yang boleh dilihat.

Image

Berikut adalah contoh-contoh foto-foto "silhouette" yang saya rakamkan, sila klik thumbnails utk saksikan paparan yg lebih besar.

Image Image Image Image Image Image
Image Image Image Image Image Image
Image Image Image Image Image Image
SELAMAT MENCUBA..!!!