~ sambungan ~
CARA & KAEDAH SHOT MACRO & CLOSE UP
Semalam kawan cerita tentang macamana nak cari subjek..
hari ni kawan sambung sikit lagi..
bila dah jumpa subjek, kita shot...
2- Insurance shot..
Kalau subjek tu pertama kali kita temui...
mustahak sekali utk dapatkan insurance shot..
maknanya... shot dulu utk record...
bila dah dapat insurance shot... kalau ditakdirkan subjek tu terbang, melompat atau lari, tidaklah ralat atau terasa sangat ruginya..
selepas dapat insurance shot tu barulah kita fikir utk dapatkan shot subjek tersebut dgn lebih baik lagi.. shot pada komposisi yg sesuai...
boleh shot dari pelbagai angle, sisi, depan, atas dan sbgnya...
3- Komposisi (Composition)
dalam macro/close up nih... kita boleh menggunakan teknik-teknik komposisi yg biasa kita gunakan utk foto-foto kita yg lain..
umpamanya "Rule of Third", framing, pattern, reflection, leading line, line & curve dan macam-macam lagi seperti yg telah banyak dibincangkan di dalam forum ini..
kalau tak faham boleh rujuk balik topik-topik yg telah dibincangkan...
boleh juga menggunakan button "SEARCH" yg disediakan dipenjuru kanan atas tu..
berikut adalah beberapa contoh komposisi foto-foto macro utk rujukan sahabat-sahabat... (sila klik utk imej yg besar)..
Rule of Third
.
Framing - boleh gunakan daun, bunga, embun dan macam-macam lagi sbg frame...
.
Pattern atau corak..
.
Reflection
.
Leading line
.
ada bermacam teknik komposisi yg sahabat-sahabat boleh aplikasikan utk menjadikan foto-foto macro/close up kita menarik...
.
penggunaan backlit atau backlight juga menjadikan foto macro kita menarik...
ada sebahagian contoh kawan doh tunjukkan pada penerangan berkaitan pengcahayaan..
ini contoh tambahan..
.
Jadi komposisi nih bergantung kepada kreativiti masing-masing...
sahabat-sahabat juga boleh merujuk sedikit tutorial berkenaan komposisi yg telah ditulis oleh saudara Emran di SINI..
PALING PENTING dalam shot macro ialah gambar hendaklah "simple & clean"... maksudnya jangan berserabut atau banyak distraction...
carilah background yg clean...
.
TIPS TAMBAHAN
kalau shot makhluk yg hidup seperti serangga... cuba dapatkan eye contact...
ia akan memberi lebih emosi dan impact pada foto..
1 comment:
salam bro..nice..!thank for the knowledge...very much appreciate..!tc
Post a Comment