Wednesday, January 30, 2013

Arrow Bamboo Waterfall

Air Terjun Arrow Bamboo adalah salah satu air terjun yg sangat cantik di Taman Negara Jiuzhaigou, Sichuan, China.

Maklumat mengenai air terjun yg indah ini boleh dibaca di SINI.

Saya kongsikan sedikit foto-foto Air Terjun Arrow Bamboo, sila klik foto untuk paparan yg lebih besar.



  

 

 

  

Lebih banyak foto-foto Taman Negara Jiuzhaigou ada di SINI.

I am using FLM ball head and FOTOPRO tripod.

.



Wednesday, January 9, 2013

Tok Gajah menjinakkan Harimau Selatan





Alhamdulillah, Liga Super Malaysia 2013 membuka tirai saingan pada 8 Jan 2013. Skuad Tok Gajah (Pahang Darul Makmur) menerima kunjungan Sang Harimau Selatan (Johor Darul Takzim FC) yang dibarisi oleh barisan pemain yang bertaraf bintang.

Pahang telah mengutip 3 mata penuh dari perlawanan pertama yang diadakan di Stadium Darul Makmur. Pahang menang 3 - 2 keatas Johor Darul Takzim FC, walaupun ketinggalan 0 - 2 pada separuh masa pertama.

Jaringan gol kemenangan Pahang oleh Suren 7.



Berikut adalah foto-foto sekitar perlawanan. Sila klik imej utk paparan yg lebih besar.

 

 

 


 


 

Gelagat penyokong Pahang

   




Ini adalah foto kesebelasan utama Pahang 2013



Lebih banyak foto perlawanan ada di SINI. Jom sembang-sembang bola di TOKGAJAH.COM

Video highlight perlawanan ini :





I am using FLM Ball head.

Sunday, December 30, 2012

:: l a y e R s ::

Tajuk : LAYERS
Lokasi : Cemara Lawang, Probolingo, Jawa Timur, Indonesia
Exif : Nikon D40 | F16 | 1/160 | iso200 | 90mm


Foto ini diambil semasa saya ke Jawa Timur bersama sahabat-sahabat LUARBIASAFOTO.COM pada tahun 2010.

Lebih banyak foto trip tersebut boleh dilihat di SINI.

I am using FLM Ball head.


Wednesday, December 26, 2012

Gunung Merapi (Infrared)

Gunung Merapi (Mount Merapi) adalah diantara gunung berapi yang paling aktif di dunia. Sedikit maklumat berkenaan Gunung Merapi boleh dibaca di SINI.

Terdapat 3 Gunung Merapi di Indonesia, 2 di Pulau Jawa dan 1 di Pulau Sumatera. Di Jawa terletak di Jawa Tengah dan Jawa Timur. Namun Gunung Merapi yang tersohor itu terletak di Jawa Tengah bersebelahan dengan Gunung Merbabu.

Saya pertama kali mendaki Gunung Merapi, Jawa Tengah pada awal tahun 2008 bersama Dr Jamal, Arey, Remi, Paei dan Waja. Insya Allah akan mendaki semula Gunung Merapi pada May 2013.

Ini adalah foto infrared Gunung Merapi pada kunjungan kedua ke sana di bulan Ogos 2008, waktu itu kami transit di Desa Selo (kaki Gunung Merapi) sewaktu mahu ke Gunung Lawu dari Dieng Plateau.



Ini adalah olahan semula foto di atas.



Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar dari sahabat-sahabat, kawan dapat mengembangkan lagi kaedah olahan foto-foto infrared.

Berikut adalah sebahagian koleksi foto-foto infrared sekitar Gunung Merapi, Jawa Tengah, INDONESIA.

Sila klik utk paparan yg lebih besar, terima kasih.








.