Showing posts with label tips foto. Show all posts
Showing posts with label tips foto. Show all posts

Saturday, June 6, 2020

TIPS ASAS untuk memfoto Bimasakti (Milky way)

TIPS ASAS untuk memfoto Bimasakti :


1.  Cari lokasi atau "port" memfoto yang gelap, iaitu kawasan yang sebaik-baiknya tiada "light pollution". Persekitaran yang lebih gelap adalah lebih baik.

Sekiranya cukup gelap, besar peluang kita untuk melihat bimasakti dengan mata kasar.

2.  Malam yang kurang berawan. Sekiranya berawan, maka peluang untuk memfoto bimasakti adalah tipis kerana awan akan menghalang kita untuk merakam bimasakti.

Sekiranya kita sampai di lokasi memfoto, kita dapati awan agak tebal, maka berdoalah bersungguh-sungguh semuga Allah swt mengalihkan awan ke tempat lain. Sesungguhnya Allah swt MAHA BERKUASA dan DIA sangat menyintai hamba-hambanya yang berdoa.

3.  Dari segi peralatan fotografi, selain kamera sebaik-baiknya kita ada lensa luas (UWA), lebih luas lebih baik, lensa mata ikan juga sesuai.

Tripod juga penting kerana kita biasanya merakam dengan dedahan panjang atau "long exposure", sekurang-kurangnya 15 saat.

4.  "Foreground" yang menarik akan memberi tarikan kepada foto kerana bimasakti adalah lebih kurang sama sahaja rupanya walau di mana kita rakamkan. "Foreground" yang akan memberi tarikan pada foto.

Sekiranya merakamkan "foreground" dalam bentuk "silhouette", sebaik-baiknya gunakan sudut rendah atau "low angle" supaya "foreground" menonjol.

Sekiranya "foreground" berbentuk benda seperti kereta, perahu, pondok atau rumah, kita boleh menyuluh "foregound" tersebut untuk menaikkan warna dan kejelasan subjek tersebut berlatar belakangkan bima sakti.

Pengcahayaan boleh menggunakan "flash" atau lampu LED atau apa-apa sumber cahaya yang munasabah.

5.  Dari segi setting, gunakan bukaan luas (nilai F yang kecil) misalnya F2.8, ISO tinggi misalnya 2500 keatas dan dedahan lama, misalnya 15 saat atau 20 saat atau 30 saat.

6.  Lokasi bimasakti boleh ditentukan dengan memuat turun apa-apa "apps" pemetaan langit dan bintang. Kalau tak ada "apps", mudah sahaja, pergilah "outing" dengan orang yang ada "apps". Kalau tak, carilah "bintang tiga beradik".

Cukup dulu beberapa tips asas untuk sahabat-sahabat yang ingin merakamkan bimasakti. Ada banyak lagi tips. Nanti kalau kawan rajin, kawan tulis lagi, insyallah.

Sekiranya tips ini bermanafaat, bolehlah "SHARE". Semuga lebih ramai boleh memfoto bimasakti.










Monday, October 3, 2011

Tips mudah merakam foto "SILHOUETTE"


Image

TIP MUDAH UNTUK MENGHASILKAN FOTO "SILHOUETTE"

Ramai dikalangan penggemar fotografi meminati foto-foto "silhouette", tetapi tidak tahu bagaimana untuk menghasilkannya. Kali ini saya berkongsi cara-cara dan tips mudah untuk menghasilkan foto "silhouette".

Secara mudahnya,"silhouette" ialah subjek yang gelap tanpa perincian (details) berlatarkan cahaya terang atau latar belakang yang terang. Ramai jurufoto gemar merakamkan foto-foto "silhouette" pada waktu matahari terbit (sunrise) atau waktu matahari terbenam (sunset) kerana keindahan cahaya keemasan pada kedua waktu tersebut adalah luarbiasa.

Cara mudah untuk menghasilkan foto "silhouette" dengan menggunakan mod "Manual" (M) :

1- Ambil bacaan "exposure" atau "metering" pada bahagian yang paling terang, contohnya kalau merakam gambar pemandangan, ambil bacaan "exposure" pada langit yang berhampiran dengan matahari. Biasanya kita menggunakan nilai F yang besar seperti F16 keatas dan kelajuan "shutter" ditentukan oleh bacaan "exposure".

2- Selepas mendapat bacaan "exposure", fokus pada subjek supaya subjek tidak kabur atau "blur", "compose" sebaik mungkin dan rakamkan foto tersebut dengan menekan butang shutter.

Dengan bahasa mudahnya, "meter" pada bahagian paling terang, fokus pada subjek, "compose" dan "shot".

Tips-tips tambahan :

1- Subjek hendaklah mempunyai daya tarikan yang kuat atau juga di dalam dunia fotografi sering disebut "strong point of interest". Maksudnya, kalau orang biar nampak orangnya, ada cerita atau aksi pada subjek tersebut. Salah satu cara mudah untuk melahirkan kekuatan pada subjek ialah dengan merakam pada sudut yang rendah (low angle). Usahakan subjek benar-benar timbul (outstanding) dan kalau "silhouette" orang, cuba cari sudut yang membolehkan bentuk hidung serta dagunya atau sisi muka jelas dalam bentuk "silhouette".

2- Elakkan subjek dari bercantum (merge) dengan apa-apa subjek "silhouette" yang lain. Ini akan menghasilkan foto yang ringkas dan menarik, yang juga biasa disebut sebagai "simple and clean".

Imej-imej "silhouette" juga terbahagi kepada "full silhouette" dan "semi silhouette" seperti contoh di bawah.

"Full silhouette" : subjek gelap sepenuhnya dan tidak kelihatan perincian pada subjek melainkan bentuk yg gelap sahaja.

Image

"Semi silhouette" : Subjek separa gelap dan ada bahagian-bahagian pada subjek yang boleh dilihat.

Image

Berikut adalah contoh-contoh foto-foto "silhouette" yang saya rakamkan, sila klik thumbnails utk saksikan paparan yg lebih besar.

Image Image Image Image Image Image
Image Image Image Image Image Image
Image Image Image Image Image Image
SELAMAT MENCUBA..!!!