Showing posts with label nikonmalaysia. Show all posts
Showing posts with label nikonmalaysia. Show all posts

Monday, January 24, 2022

MALAYAN BANDED PITTA


 

MALAYAN BANDED PITTA 


Alhamdulillah, pada hari Selasa (12 Jan 2022), buat pertama kali dalam hidup dapat merakamkan Burung Pacat atau Pitta.

Terima kasih tidak terhingga kepada Tuan Shaiful Azhar Abu Bakar a.k.a Apong di atas tunjuk ajar, panduan dan tips memburung. Ternyata beliau bukan "sembang pandai" tetapi pengalaman dan pengetahuan memburung beliau adalah tulus dan murni. Banyak yang kami pelajari.

Terima kasih juga kepada saudara Zam Tokai yang membantu. Jazakumullah hu khoir.

NIKON Z50 + FTZ + Nikon 300mm f/2.8G ED AF-S VR

#nikonmalaysia #nikonz50 #z50 #nikon #DX #iammirrorless #nikonschool #nikonasia #nikonclubmalaysia #MyZOntheGo #fauna #birding #birdphotography #wildkedah #takkantaksyok #birdsofkedah #lifer






Saturday, June 6, 2020

TIPS ASAS untuk memfoto Bimasakti (Milky way)

TIPS ASAS untuk memfoto Bimasakti :


1.  Cari lokasi atau "port" memfoto yang gelap, iaitu kawasan yang sebaik-baiknya tiada "light pollution". Persekitaran yang lebih gelap adalah lebih baik.

Sekiranya cukup gelap, besar peluang kita untuk melihat bimasakti dengan mata kasar.

2.  Malam yang kurang berawan. Sekiranya berawan, maka peluang untuk memfoto bimasakti adalah tipis kerana awan akan menghalang kita untuk merakam bimasakti.

Sekiranya kita sampai di lokasi memfoto, kita dapati awan agak tebal, maka berdoalah bersungguh-sungguh semuga Allah swt mengalihkan awan ke tempat lain. Sesungguhnya Allah swt MAHA BERKUASA dan DIA sangat menyintai hamba-hambanya yang berdoa.

3.  Dari segi peralatan fotografi, selain kamera sebaik-baiknya kita ada lensa luas (UWA), lebih luas lebih baik, lensa mata ikan juga sesuai.

Tripod juga penting kerana kita biasanya merakam dengan dedahan panjang atau "long exposure", sekurang-kurangnya 15 saat.

4.  "Foreground" yang menarik akan memberi tarikan kepada foto kerana bimasakti adalah lebih kurang sama sahaja rupanya walau di mana kita rakamkan. "Foreground" yang akan memberi tarikan pada foto.

Sekiranya merakamkan "foreground" dalam bentuk "silhouette", sebaik-baiknya gunakan sudut rendah atau "low angle" supaya "foreground" menonjol.

Sekiranya "foreground" berbentuk benda seperti kereta, perahu, pondok atau rumah, kita boleh menyuluh "foregound" tersebut untuk menaikkan warna dan kejelasan subjek tersebut berlatar belakangkan bima sakti.

Pengcahayaan boleh menggunakan "flash" atau lampu LED atau apa-apa sumber cahaya yang munasabah.

5.  Dari segi setting, gunakan bukaan luas (nilai F yang kecil) misalnya F2.8, ISO tinggi misalnya 2500 keatas dan dedahan lama, misalnya 15 saat atau 20 saat atau 30 saat.

6.  Lokasi bimasakti boleh ditentukan dengan memuat turun apa-apa "apps" pemetaan langit dan bintang. Kalau tak ada "apps", mudah sahaja, pergilah "outing" dengan orang yang ada "apps". Kalau tak, carilah "bintang tiga beradik".

Cukup dulu beberapa tips asas untuk sahabat-sahabat yang ingin merakamkan bimasakti. Ada banyak lagi tips. Nanti kalau kawan rajin, kawan tulis lagi, insyallah.

Sekiranya tips ini bermanafaat, bolehlah "SHARE". Semuga lebih ramai boleh memfoto bimasakti.










Friday, April 12, 2019

Selamatkan Gunung Pulai, Baling, Kedah



Foto-foto keindahan gua-gua di GUNUNG PULAI yang sempat saya rakamkan semasa bersama "HUGS Project Team", Merapoh Biosphere, Saintis dari UM, Malim-malim Gunung Pulai, Persatuan Penduduk Dalam Wang, penduduk setempat dan Gerakan "Save Gunung Pulai".

Kami di sana dari 5 hingga 9 Feb 2019. Alhamdulillah, berpeluang memfoto di beberapa gua. Bermula dengan sesi taklimat dan beberapa siri perbincangan dengan penduduk setempat. Sesi memfoto dan dokumentasi gua berjalan selama 4 hari mulai Rabu 6 Feb.

Alhamdulillah, ada beberapa jurufoto Kedah yg turut serta dalam usaha menyelamatkan Gunung Pulai, khususnya gua-gua yang indah. Mereka terdiri dari Safuan, Amir dan Sani. Saya dan Syed Hafeez Al Yahya dari Pahang. Manakala Mirat Hassan dari Pulau Pinang.

Hari pertama, memfoto di Gua Kelambu, Gua Ikan, Gua Matahari, Gua Tembus dan Gua Haji Putih.


Gua Kelambu





















Hari kedua memfoto di Gua Sireh, Gua Badak dan Gua Sungai Limau (dulu dikenali sebagai Gua Gelap/Gua Tembus/Gua Air)


Hari ketiga pula memfoto di Gua Sungai Limau (sambung shoot) dan Gua Bunga (dulu dikenali sebagai Gua Gelap)

Ada banyak lagi gua yang belum sempat kami foto. Semuga diberi keizinan oleh Allah swt untuk memfoto semula gua-gua di Gunung Pulai di masa akan datang, insyallah.

Ringkasnya, gua-gua di Gunung Pulai adalah indah, unik dan menarik. Memang LUARBIASA dan WORLD CLASS.

Sangat sayang kalau khazanah alam yang luarbiasa ini diletupkan oleh pengusaha kuari.

Foto-foto dirakamkan dengan menggunakan NIKON D750 + Z7 + AF-S NIKKOR 24-120mm f/4G ED VR + AF-S NIKKOR 80 -200 mm F2.8 + AF-S NIKKOR 10.5mm f/2.8 G ED + SB800.

#nikondphotographers #nikonmalaysia #nikonasia#nikonschool #nikonclubmalaysia #nikond750 #d750 #nikon#FX #iamfullframe #z7 #nikonmirrorless #fotopro#selamatkangunungpulai #peliharakhazanahalam#savepulaicaves #satuhatisatufikir