Saturday, October 4, 2008

Perkhemahan Foto Alam (Nature Photocamp 2008)

Alhamdulillah, saya dan beberapa orang rakan jurufoto alam akan mengadakan program Perkhemahan Foto Alam (Natures Photocamp). Setelah kami mengadakan banyak siri perkhemahan foto di hutan-hutan, gua, sungai, jeram, air terjun, tasik, pulau, bukit, dataran tinggi dan gunung sehingga ke gunung berapi di Indonesia sesama kami.

Maka kali ini kami ingin membuka peluang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman kami kepada sesiapa sahaja yang mempunyai MINAT MENDALAM berkenaan fotografi alam (nature photography) melalui program perkhemahan foto selama 2 hari 2 malam di ULU DONG, Raub, Pahang pada 8 – 9 Nov 2008.

Perkongsian ilmu dan pengalaman melalui konsep perkhemahan foto (photocamp) ini telah lama diamalkan oleh "National Geographic Society" (LINK I | LINK II) dan juga oleh banyak komuniti fotografi di dunia.

Sukacita dimaklumkan bahawa perkongsian pengalaman dan ilmu ini adalah PERCUMA (FREE). Kepada yg berminat boleh hubungi saya di 013 - 934 2121 atau email 2121studio@gmail.com .


Kenapa PERCUMA...??!!

Ianya percuma kerana perkhemahan foto ini dikendalikan oleh jurufoto-jurufoto yang ingin mengembangkan minat senifoto alam untuk melihat dan mengkagumi kebesaran Allah swt semata-mata kerana Allah swt.

Peserta cuma perlu bayar makan dan penginapan kepada pemilik chalet (Pak Akob)....

- makan RM25 sehari - 5 kali makan (masakan tradisi Raub)...

- penginapan RM 35 sehari - 2 orang sebilik...

Saya dan rakan-rakan pengendali perkhemahan foto pun kena bayar utk makan dan penginapan..

Kalau mahukan penginapan PERCUMA, peserta boleh bawa khemah sendiri. Tapak perkhemahan di Ulu Dong ni memang best... dikelilingi jeram yg jernih dan dingin..


SIAPAKAH YANG PERLU HADIR...??

Sesiapa sahaja yang :-

memiliki kamera samada SLR, DSLR ataupun sekurang-kurangnya kamera "compact" (PnS).

mempunyai MINAT MENDALAM kepada fotografi alam (nature photography) dan ingin mendalami ilmu senifoto alam.
* (minat mendalam dalam erti kata sanggup masuk keluar hutan atau sanggup mendaki gunung untuk mendapatkan foto)


SKOP PERKHEMAHAN FOTO ALAM

Program yang disusun padat dgn sessi kuliah (teori), praktikal (shooting & basic editing) dan diskusi foto yang tertumpu kepada senifoto keindahan alam iaitu foto pemandangan (landscape/panorama) dan flora & fauna (macro/hidupan liar)

Alhamdulillah, kesemua tempat telah penuh, dengan ini pendaftaran di TUTUP. Kepada yang berminat, kenalah tunggu Nature Photocamp yg akan datang, insyallah.

Anda juga boleh mendapat info dan update program ini dari blog Shamabd dan blog Dr Jamal....



8 comments:

sirmart said...

Ya Allah bestnya bro.. Tapi belum cuti sekolah.. nampaknya x dapatlah saya join.. Kalau ada lagi program sebegini dalam cuti skolah, pls do let me know..

Emran Mohd Tamil said...

aiseh... baru nak carik hp nak tekan no nak join.. tetengok dah penuh lak..

nak masuk waiting list leh? :D

2121studio said...

Saudara Emran.. insyallah saya masukkan nama saudara dalam waiting list... no problem :D

Emran Mohd Tamil said...

time kasih.. kalau kalau ade rezeki (kekosongan) harap dr dpt sms saya yek .. terima kasih!

pokcik a.k.a zouls said...

tempat nie saya dah sampai sebab member saya tinggal kat sini...tempat nya mmg best!!! kalau yang minat kayak,boleh bawak sekali...
nak sampai sini kena lintas area tapak rumah mona fendi...!!!
masih hijau dalam photo tapi minat, pakai prosumer kamera ajer!!!

Ash n Jam said...

baru terjumpa entry ni....saya dah ketinggalan, tp kalau ada lg pada masa akan datang...update saya ye..

abgdin0003 said...

askum.......bang mcmane nak itu ye..

abgdin0003 said...

hi bro..best dpt join.. lpas ni projek mane pula...