Friday, April 12, 2019

Selamatkan Gunung Pulai, Baling, Kedah



Foto-foto keindahan gua-gua di GUNUNG PULAI yang sempat saya rakamkan semasa bersama  "HUGS Project Team", Merapoh Biosphere, Saintis dari UM, Malim-malim Gunung Pulai, Persatuan Penduduk Dalam Wang, penduduk setempat dan Gerakan "Save Gunung Pulai".

Kami di sana dari 5 hingga 9 Feb 2019. Alhamdulillah, berpeluang memfoto di beberapa gua. Bermula dengan sesi taklimat dan beberapa siri perbincangan dengan penduduk setempat. Sesi memfoto dan dokumentasi gua berjalan selama 4 hari mulai Rabu 6 Feb.

Alhamdulillah, ada beberapa jurufoto Kedah yg turut serta dalam usaha menyelamatkan Gunung Pulai, khususnya gua-gua yang indah. Mereka terdiri dari Safuan, Amir dan Sani. Saya dan Syed Hafeez Al Yahya dari Pahang. Manakala Mirat Hassan dari Pulau Pinang.

Hari pertama, memfoto di Gua Kelambu, Gua Ikan, Gua Matahari, Gua Tembus dan Gua Haji Putih.


Gua Kelambu



















Hari kedua memfoto di Gua Sireh, Gua Badak dan Gua Sungai Limau (dulu dikenali sebagai Gua Gelap/Gua Tembus/Gua Air)

Hari ketiga pula memfoto di Gua Sungai Limau (sambung shoot) dan Gua Bunga (dulu dikenali sebagai Gua Gelap)

Ada banyak lagi gua yang belum sempat kami foto. Semuga diberi keizinan oleh Allah swt untuk memfoto semula gua-gua di Gunung Pulai di masa akan datang, insyallah.

Ringkasnya, gua-gua di Gunung Pulai adalah indah, unik dan menarik. Memang LUARBIASA dan WORLD CLASS.

Sangat sayang kalau khazanah alam yang luarbiasa ini diletupkan oleh pengusaha kuari.

Foto-foto dirakamkan dengan menggunakan NIKON D750 + Z7 + AF-S NIKKOR 24-120mm f/4G ED VR + AF-S NIKKOR 80 -200 mm F2.8 + AF-S NIKKOR 10.5mm f/2.8 G ED + SB800.

#nikondphotographers #nikonmalaysia #nikonasia#nikonschool #nikonclubmalaysia #nikond750 #d750 #nikon#FX #iamfullframe #z7 #nikonmirrorless #fotopro#selamatkangunungpulai #peliharakhazanahalam#savepulaicaves #satuhatisatufikir

No comments: