Sunday, April 1, 2018

TIPS MUDAH MERAKAMKAN AIR TERJUN ATAU JERAM


:: TIPS MUDAH MERAKAMKAN AIR TERJUN ATAU JERAM ::

(Air Terjun Mahkota, Endau Rompin, Pahang)

Saya kongsikan beberapa tips mudah untuk merakamkan air terjun atau jeram.


1 - MASA

Paling "simple", AWAL PAGI. Kenapa AWAL PAGI...? Kerana di awal pagi, cahayanya LEMBUT, LUNAK dan suasana rimba yg masih SEGAR. Kalau berkabus tu kira BONUS.

Lagi satu, di AWAL PAGI belum ada pengunjung, jadi air terjun tu "macam" ayah kita yang punya. Maknanya boleh memfoto tanpa gangguan. Kalau perlukan "manusia" dalam foto, tak ada masalah, kita pun manusia yg boleh beraksi juga ataupun rakan-rakan yg outing sekali pun boleh jadi "manusia" dalam foto kita tu. Manusia dan alam terpisah tiada... Kaann...!!

Kalau tak sempat AWAL PAGI, boleh juga memfoto di sebelah LEWAT PETANG. Lebih kurang selepas pukul 5.30 petang. Waktu ni pun cahaya lunak juga bergantung kepada keadaan cuaca hari tersebut. Cuma sebelah petang ni, dedaunan dah kurang segar berbanding pagi hari.

Kenapa bila matahari dah tinggi atau terik tak sesuai untuk hasilkan foto air terjun yg menarik walaupun kita punya sistem penuras cahaya atau "filter"? 

Antara "masalah" yg timbul ialah bayang-bayang daun atau pokok akan bertompok-tompok di atas air terjun atau jeram. Lagi satu dari celahan daun atau rimbunan pokok ada cahaya terik atau "harsh" yg terlepas dan jatuh di atas mana-mana bahagian air terjun atau jeram mewujudkan tompokan cahaya (light spot) pula. 

Pendek cerita, masa paling baik di AWAL PAGI ataupun lewat petang kerana cahaya cantik, lembut dan lebih sekata.

Kepada pemfoto Muslim, tak ada masalah utk memfoto di AWAL PAGI kerana lepas solat subuh berjemaah di masjid atau surau, bolehlah terus ke lokasi air terjun. JANGANLAH tidur selepas Subuh. 

Sekiranya kita mengembara (travel) dan sampai di lokasi air terjun pada waktu agak lewat, matahari pula dah terik. Jangan risau, BERDOALAH dengan sesungguh hati kepada Allah swt yg Maha Berkuasa. Berdoalah semuga Allah swt menghantar kepulan awan besar utk melembutkan (diffuse) cahaya matahari. Insyallah, Allah swt maha mendengar doa-doa hambaNYA.

(Air Terjun Batu Hampar, Kuala Sentul, Pahang)


2- PERALATAN FOTOGRAFI

Selain KAMERA dan LENSA, kita hendaklah ada TRIPOD dan terlebih afdhal lagi ada penuras cahaya (FILTER). Peralatan tambahan jika ada bagus juga, kalau tak ada tak apa iaitu "cable release" atau "remote trigger". Kalau tak ada, tak apa, kita boleh guna "self-timer" pada kamera kita.

Kenapa perlu TRIPOD..? Letak kamera atas batu tak bolehkah? Memang boleh tapi menyusahkan sebab batu, kita tak boleh laras seperti TRIPOD utk dapatkan "angle" yg kita mahu. Pendek cerita, gunakanlah TRIPOD, yang pentingnya tripod tu stabil dan kukuh.

Kalau air terjun tu mengalir laju, kawan lebih suka letak kaki tripod atas batu, sebab kalau tegakkan tripod dalam air yg mengalir laju, insyallah akan ada gegaran juga pada tripod menyebabkan "camera shake". Jadi carilah tripod yg mudah laras (flexible), maka atas batu pun boleh "low angle" kalau kita mahu.

Berkenaan penuras cahaya atau FILTER pula, paling kurang kita kena ada filter CPL (circular polarizer). CPL ni bila kita "putarkan", dia akan kurangkan "reflection" pada air, jadi kalau air jernih tu akan bertambah jernih dalam foto, disamping CPL juga boleh mengurangkan "exposure" utk memudahkan kita "slow shutter". Lagi satu penggunaan CPL akan menghilangkan "reflection" pada batu-batuan yang basah di sekitar air terjun. 

Nak adjust CPL ni mudah ajer, putar atau orang Pahang khabor, "pulas" jer. Utk mudah faham beli CPL dan gunakan, insyallah akan faham apa yg kawan khabor ni...

Selain CPL, kita juga boleh menggunakan filter ND (Neutral Density) dan GND (Graduated Neutral Density). Filter-filter ni adalah bertujuan utk mengurangkan "exposure" dan membolehkan kita "SLOW SHUTTER" utk mendapatkan kesan air terjun yg "GEBU". Kalau dah ada filter-filter ni sahabat-sahabat akan mula faham kegunaannya.

Lagi satu peralatan penting jika kita selalu memfoto di air terjun, jeram mahupun di laut iaitu "DRY BAG".

Dry bag penting utk mengelakkan kamera dan lensa kita dari basah sekiranya kita terjatuh ke dalam air. Biasanya sewaktu menyeberangi sungai atau bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain, kamera kawan simpan dalam dry bag.


Selain dari peralatan fotografi, untuk tujuan keselamatan pakailah pakaian yang sesuai khususnya kasut, kerana biasanya kawasan air terjun basah, berair, kadang-kadang berlumut dan LICIN. Sekiranya kasut tidak sesuai, kita berisiko untuk tergelincir dan jatuh. Jika terjatuh, kita mungkin tercedera dan peralatan fotografi juga boleh terjatuh ke dalam air dan rosak. Maka hati-hatilah bila memfoto di kawasan air terjun. Saya biasanya memakai kasut getah (adidas kampung).

3- ATURAN DAN TEKNIK (SETTING)

Biasanya untuk mendapatkan kesan air "gebu" atau "silky effect", kita akan menggunakan teknik KATUP PERLAHAN atau dalam terma biasa fotografi ialah "SLOW SHUTTER". Maksudnya, tetingkap "shutter" akan dibuka untuk beberapa ketika misalnya 2 saat, 3 saat, 5 saat atau 10 saat bagi membolehkan kamera merakam "pergerakan" air.

Berapa lama dedahan yang sesuai bergantung kepada berapa "gebu" kesan pergerakan air terjun yang kita inginkan. Biasanya jika aliran air terjunnya laju, pada kelajuan 1/10 saat sudah dapat kesan "gebu".


Jadi apabila kita ke lokasi, mana-mana air terjun atau jeram yang ingin kita rakamkan. Pacak tripod di tempat yang sesuai dan mempunyai sudut yang cantik. Letakkan kamera di atas tripod, kunci atau kemaskan kedudukan kamera supaya tidak jatuh. Dapatkan komposisi yang menarik, ukur cahaya (metering) dan shoot. Mudahkan...??

Nanti saya sambung lagi...

OK... foto-foto ini kawan rakamkan menggunakan peralatan berikut, kamera NIKON D750, lensa AF-S NIKKOR 24-120mm f/4G ED VR, tripod FOTOPRO (carbon fibre) dgn ballhead FLM dan filter pula, CPL NiSi dan GND (soft) NiSi.

(Air Terjun Sg Pandan, Kuantan, Pahang)
(Air Terjun Bukit Bertangga, Bera, Pahang)

(Air Terjun Mahkota, Endau-Rompin, Pahang)


(Lata Jarum, Raub, Pahang)

(Lata Jarum, Raub, Pahang)


(Jeram Jerangsang, Lipis, Pahang)


(Air Terjun Batu Kawah, Kuala Sentul, Pahang)


* Tambahan ; Sekiranya anda ingin membeli foto-foto air terjun di dalam posting ini, sila hubungi saya di email : 2121studio@gmail.com. Terima kasih

1 comment:

شركة المثالية said...


شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

شركة المثالية للتنظيف
شركة المثالية للتنظيف بالدمام
شركة المثالية للتنظيف بالخبر