Saturday, June 3, 2023

Pameran Solo : ALI SHAMSUL BAHAR : MAKMUR


Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana dengan izinNYA pameran solo kawan telah bermula pada 27 Mei dan berpameran sehingga 30 Jun 2023, insya-Allah.


Terima kasih kepada pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang di atas undangan dan ruang untuk kawan berpameran. Khususnya kepada Pusat Warisan Intelek Negeri.

Majlis perasmian akan diadakan pada 16 Jun 2023, insya-Allah.

Pameran solo ini bertajuk MAKMUR (Pahang : Indah & Makmur). Pameran solo tersebut memaparkan karya-karya fotografi kawan yg. berkisar mengenai keindahan dan kemakmuran negeri Pahang dari segi pemandangan, tarikan pelancung, kehidupan masyarakat dan alam.

Pameran diadakan di Tingkat 2, Perpustakaan Awam Sultan Ahmad Shah (perpustakaan negeri bersebelahan bangunan MBK).

Waktu pameran ialah dari 9.00 am hingga 5.00 pm setiap hari, kecuali Ahad, Isnin dan cuti umum.

Jemput datang sahabat-sahabat semua.




No comments: