Thursday, December 17, 2009

TUJUAN FOTOGRAFI MACRO & CLOSE UP

Sambung sikit lagi utk petang ini...

pertama sekali kita kena tahu apa yg kita mahukan dari foto-foto makro nih...
maksud kawan ialah tujuan kita shot tu penting...
bagi kawan tujuan utamanya ialah utk melihat kebesaran ALLAH swt yg maha mencipta...

selain dari itu, bila ada tujuan... kita akan ada fokus, perancangan dan gambaran (visualisation) tentang foto yg kita ingin hasilkan....
dan apabila orang melihat gambar kita... mereka pun akan "merasai" tujuan kita tersebut...
barulah foto tu "berkomunikasi" dgn khayalak yg melihat dan mengamati foto tersebut...

Ok... antara tujuan kita shot macro ialah utk dapatkan foto ID (pengenalan kpd subjek)...
contohnya shot semut... nok kenal sifat-sifat rupa paras semut tu... warna dia... rupa dia... bulu-bulu dia...
dari kepala, toreks sampailaa ke abdomen dia...
semut bangsa apa... suku mana... berpuak ker... jantan ker... betina ker... muda ker... tua ker...
suka jalan sekor-sekor ker... atau suka jalan ramai-ramai... habitat dia macamana...
jadi atas tujuan ID ini sahaja pun macam-macam shot dan angle yg kita boleh dapatkan...
jadi apabila org nengok foto macro kita tu... orang akan kenal dan lebih mengenali akan semut tersebut...

# Velvet Ant
Image

# Honey Ant
Image

.
tujuan berikutnya... kita shot utk merakamkan aksi-aksi subjek (action shot)...
contohnya.. aksi semut makan... mengangkat mangsa (makanan) mereka... atau aksi mereka mempertahankan diri... aksi penyamaran...
aksi mereka buat rumah dan macam lagi...
foto-foto aksi nih lebih mencabar lagi... banyak homework kena buat..
kena tahu habitat subjek yg kita nak rakamkan aksinya tu... kena tahu waktu bila dia cari makan... waktu bila dia mengawan dan sebagainya..
dgn kata lain makin lama kita shot macro nih... pengetahuan kita tentang subjek juga akan bertambah... insyallah..

rakaman aksi-aksi subjek akan memberikan seribu satu macam cerita pada foto-foto macro kita...

# Kerjasama..

Image

# Komunikasi..

Image

# makan..

Image

# masyarakat semut dalam "rumah" mereka

Image

.
Antara lain... tujuan shot makro adalah utk membuat perbandingan...
perbandingan dari segi saiz, warna, sifat dan sebagainya...
contohnya.. foto semut dishot sekali dgn bunga... maka khalayak yg memerhati foto tersebut akan memahami keadaan saiz semut tersebut berbanding dgn bunga..

# semut kecil atas bunga hutan..

Image

# semut madu di atas putik mengkudu

Image

# semut atas putik limau purut..

Image

# semut dan parasit di atas bunga senduduk..

Image

.
dan ada banyak lagi tujuan kita bermakro...
ianya juga boleh diaplikasikan dalam merakamkan pelbagai acara dan majlis...
umpamanya majlis penikahan.. kita boleh shot cincin pernikahan dan dapat menzahirkan keindahan ukiran pd cincin atau menimbulkan kegermelapan cincin bertatah intan yg disarung ke jari pengantin.. kawan rasa yg ini wedding photographer lebih faham...

Makro dan close up juga boleh di gunakan utk "product shot" atau lebih dikenali dgn still life... ini adalah utk tujuan hobi ataupun komersial...

nanti kawan sambung lagi insyallah...

Tuesday, December 15, 2009

Dusk @ Jeram Perahu

Alhamdulillah, semalam gambar slow shutter Jeram Perahu kat flickr kawan mendapat 391 hit kerana gambar tersebut dipamerkan dalam "45 Breathtaking Examples of Slow Shutter Speed Photography"..

Dusk @ Jeram Perahu


Image

Monday, December 14, 2009

PENGENALAN KPD SENIFOTO "MACRO & CLOSE UP" - Siri 1

Pertama sekali dari segi definasi...
ada berbagai-bagai definasi berkenaan "macro dan close up photography"...
ada juga yg memanggil macro itu micro photography...
misalnya... Nikon menamakan lensa-lensa macronya dgn perkataan "micro lens"...

bagi kawan, ini adalah masalah bahasa dan pemahaman seseorang terhadap senifoto macro/micro/close up...
hakikatnya ia adalah perkara yg lebih kurang sama ajer..
yg pentingnya kita ambik gambor... kalau tahu dan faham pasal definasi ni pun, tak ada maknanya kalau kita tak ambik gambor macro atau close up...
dan kawan tak berapa gemor utk berhujah serta "bertaki" tentang definasi ni...

cuma secara mudahnya... atau ayat orang kampungnya..
macro & close up ni ialah satu cabang fotografi yg merakamkan subjek yg kecil atau makhluk-makhluk kecil...
supaya subjek tersebut kelihatan besar...
jadi detailnya atau perincian pada subjek yg tidak boleh dilihat dgn mata kasar boleh dilihat melalui foto-foto macro & close up..


contohnya.. seekor labah-labah... lihat dgn mata kasar biasa ajer.. tetapi setelah kita macro kan dia, maka kelihatan segala macam duri-duri tajam pada labah-labah tersebut...

Image ImageImage

Secara teknikalnya, sebaik-baiknya macro nih kita dapat pada life size 1:1... detail tentang permasalahan nisbah ini ada diterangkan dgn panjang lebar oleh sahabat saya saudara Emran di SINI...

Sahabat-sahabat juga boleh mendapatkan pemahaman tentang definasi macro/micro/close up ni di SINI atau di SINI JUGA dan JUGA DI SINI.... :D

Akan bersambung... nantikan..

Sunday, December 13, 2009

Danau Toba

Alhamdulillah pada 10 - 13 Oct yg lepas kawan bersama Dr Jamal dan Wan Badang pergi ke Danau Toba...

Di sana kami ditemani oleh Dr Budie, Pak Johnny dan Dr Anwar dari Medan.... kami juga berkesempatan utk bergabung dgn teman-teman dari Kelab Fotografi Toba sewaktu di Parapat...

2 mobil kami menje
lajah bahagian Utara Danau Toba termasuk bahagian Utara Pulau Samosir... satu trip fotografi yg sangat padat... pendek kata, mulai dari menjejak kaki di Medan hingga terbang kembali ke KL, penuh dgn aktiviti... nak shopping pun tak sempat.. keluar dari hotel pagi dan cari hotel lain pula lepas isyak... dan adakala kami keluar sebelum subuh...

namun begitu trip ini san
gat memuaskan... keindahan Danau Toba memang luarbiasa...

Info berkenaan Danau Toba ada di SINI....

OK.. ini foto awalan dari kawan...

# 01 : Danau Toba dari Sipiso-piso...

Image


Lebih banyak foto ada di set Danau Toba, Sumatera Utara...

Sedikit lapuran ringkas oleh Dr Jamal berkenaan perjalanan kami ada di blog beliau.. ada juga di SINI...

Memang lawo pemandangan di Danau Toba...

Saturday, December 5, 2009

Rinjani Extraordinary Photo Adventure Team (REPAT 2009)




Alhamdulillah pada
30 Jun - 6 Jul 2009, kami telah ke Gunung Rinjani di Lombok melalui Bali.
Perjalanan yg sungguh hebat dan LUARBIASA...

Pengalaman menyaksikan Anak Gunung Rinjani atau Gunung Baru memuntahkan laharnya memang menakjubkan.

Ini adalah sebahagian foto-foto yg kawan shot di sana...





Lebih banyak foto-foto pemgembaraan kami di Rinjani, Lombok dan Bali boleh dilihat di SINI

Sunday, November 2, 2008

Lakaran peta ke Nature Photocamp 2008 di Ulu Dong


Pelan ni kawan skecth guna photoshop.... dan tak ikut scale... tapi rasanya mudah utk rakan-rakan jadikan panduan utk ke tapak Perkhemahan Foto Alam tersebut...

Secara ringkasnya utk ke sana :

Kalau dari Kuala Lumpur :

Selepas tol Karak... masuk ke Bentong...
dari Bentong terus ke Raub...
dan di Raub, ikut arah ke Benta dan LATA JARUM...
sampai di Dong.... belok kanan ke Ulu Dong...
sampai ajer di Kg Pamah Rawas, kita akan melalui Sek Keb Pamah Rawas, Ulu Dong..
terus lagi... lepas tu jumpa masjid... terus lagi menuju ke LATA JARUM...
kita akan melalui tempat perkelahan Pulau Chekas... terus lagi...
Sebelum sampai ke LATA JARUM...
ada pintu gerbang disebelah kiri jalan..
masuk dan terus ke Chalet PAK AKOB...

Kalau terlajak... jalan akan mati di LATA JARUM... oleh itu patah balik...
cari pintu gerbang masuk ke Chalet Pak Akob..
boleh juga bertanya kepada orang kampung di mana Chalet Pak Akob..
atau lebih khususnya nama tempat tu "Lubuk Semak"... namanya memang tak glamour...
tapi tempatnya memang indah... :D

Saturday, October 4, 2008

Perkhemahan Foto Alam (Nature Photocamp 2008)

Alhamdulillah, saya dan beberapa orang rakan jurufoto alam akan mengadakan program Perkhemahan Foto Alam (Natures Photocamp). Setelah kami mengadakan banyak siri perkhemahan foto di hutan-hutan, gua, sungai, jeram, air terjun, tasik, pulau, bukit, dataran tinggi dan gunung sehingga ke gunung berapi di Indonesia sesama kami.

Maka kali ini kami ingin membuka peluang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman kami kepada sesiapa sahaja yang mempunyai MINAT MENDALAM berkenaan fotografi alam (nature photography) melalui program perkhemahan foto selama 2 hari 2 malam di ULU DONG, Raub, Pahang pada 8 – 9 Nov 2008.

Perkongsian ilmu dan pengalaman melalui konsep perkhemahan foto (photocamp) ini telah lama diamalkan oleh "National Geographic Society" (LINK I | LINK II) dan juga oleh banyak komuniti fotografi di dunia.

Sukacita dimaklumkan bahawa perkongsian pengalaman dan ilmu ini adalah PERCUMA (FREE). Kepada yg berminat boleh hubungi saya di 013 - 934 2121 atau email 2121studio@gmail.com .


Kenapa PERCUMA...??!!

Ianya percuma kerana perkhemahan foto ini dikendalikan oleh jurufoto-jurufoto yang ingin mengembangkan minat senifoto alam untuk melihat dan mengkagumi kebesaran Allah swt semata-mata kerana Allah swt.

Peserta cuma perlu bayar makan dan penginapan kepada pemilik chalet (Pak Akob)....

- makan RM25 sehari - 5 kali makan (masakan tradisi Raub)...

- penginapan RM 35 sehari - 2 orang sebilik...

Saya dan rakan-rakan pengendali perkhemahan foto pun kena bayar utk makan dan penginapan..

Kalau mahukan penginapan PERCUMA, peserta boleh bawa khemah sendiri. Tapak perkhemahan di Ulu Dong ni memang best... dikelilingi jeram yg jernih dan dingin..


SIAPAKAH YANG PERLU HADIR...??

Sesiapa sahaja yang :-

memiliki kamera samada SLR, DSLR ataupun sekurang-kurangnya kamera "compact" (PnS).

mempunyai MINAT MENDALAM kepada fotografi alam (nature photography) dan ingin mendalami ilmu senifoto alam.
* (minat mendalam dalam erti kata sanggup masuk keluar hutan atau sanggup mendaki gunung untuk mendapatkan foto)


SKOP PERKHEMAHAN FOTO ALAM

Program yang disusun padat dgn sessi kuliah (teori), praktikal (shooting & basic editing) dan diskusi foto yang tertumpu kepada senifoto keindahan alam iaitu foto pemandangan (landscape/panorama) dan flora & fauna (macro/hidupan liar)

Alhamdulillah, kesemua tempat telah penuh, dengan ini pendaftaran di TUTUP. Kepada yang berminat, kenalah tunggu Nature Photocamp yg akan datang, insyallah.

Anda juga boleh mendapat info dan update program ini dari blog Shamabd dan blog Dr Jamal....