Thursday, July 25, 2013

Kisah peniaga sate

Sambungan dari "Harga Sekeping Gambar/Foto" yang lepas, maka kali ini saya ingin bercerita pasal peniaga sate pula.

(gambar hiasan)
Image Image


Seorang penjual sate akan keluar seawal pagi untuk ke pasar membeli ayam dan daging yang terbaik untuk dibuat sate. Ayam dan daging akan dipotong mengikut saiz yang sesuai dan kemudiannya diperap. Memang rumit kerjanya. 

Selepas memerap ayam dan daging akan dicucuk ke lidi. Biasanya 5 ketul daging akan dicucuk pada satu lidi. Bayangkan kalau sehari 10,000 cucuk sate perlu disediakan. Sementara itu kuah kacang perlu dimasak. Nasi juga perlu ditanak untuk dibuat nasi impit serta timun dan bawang perlu dipotong untuk menjadi pelengkap hidangan sate.

Selepas itu sate-sate dibawa ke gerai atau restoran tempat penjual sate itu berniaga. Bahagian terakhir ialah membakar sate sebelum dihidangkan kepada pelanggan. Membakar sate perlu cermat supaya sate tidak hangus tetapi masak empuk hingga ke dalam daging. Panas dan asap adalah teman peniaga sate.

Di zaman moden ini sudah ada banyak mesin dan peralatan untuk memudah dan mempercepatkan proses membuat sate. Kalau dulu pakai kipas dengan tangan (manual), sekarang sudah ramai penjual sate menggunakan kipas elektrik.

Bayangkan jika anda seorang peniaga sate telah didatangi oleh Pak Kaya (bukan nama sebenar) seorang pemilik rangkaian syarikat "catering" yang besar lagi berjaya.

Pak Kaya : "Saya mahu sedikit sate untuk jamuan makan malam sebuah syarikat koperat"
Peniaga sate : "Berapa ribu cucuk sate yang Pak Kaya mahu beli"

Pak Kaya : "Saya mahu 50 cucuk sahaja, tak banyak, sekadar untuk menjadi pelengkap hidangan di meja VIP.... tak banyak sikit sahaja jadi saya nak minta sahaja, bukan nak beli"
Peniaga sate : "Mana boleh macam tu, saya berniaga, lagi pun saya peniaga kecil, 50 cucuk pun duit juga bagi saya"

Pak Kaya : "Amboi eksyennya, 50 cucuk pun tak boleh bagi, bukannya banyak, sepatutnya kamu bersyukur dan berbangga kerana saya mahu sate kamu untuk dijadikan hidangan di meja VIP, nanti kamu boleh bercerita pada orang kampung kamu yang sate kamu pernah menjadi hidangan VIP dari syarikat korperat, kamu juga boleh tulis status di wall Facebook kamu yang sate kamu telah jadi hidangan istimewa dijamuan korperat."

Peniaga Sate : ............................................???


Kalau anda peniaga sate tersebut, apakah reaksi anda??
Sila nyatakan reaksi anda di ruangan komen, terima kasih...
______________________________________________________________________

sambungan...

Ada berbagai reaksi yang ditulis di ruangan komen di bawah dan juga di dalam facebook. Ada juga yang kata, cucuk ajer lidi sate ke kepala Pak Kaya. hehehe... komen paling best pula dari "kumbing" (sila baca di ruangan komen)...

OK.. sebenarnya reaksi peniaga sate bergantung kepada berbagai faktor termasuk latarbelakang pendidikan, keluarga, keadaan dan situasi beliau ketika itu.

Mungkin peniaga sate itu berfikir, "Ini satu PELUANG untuk meluaskan perniagaan, kerana dengan cara bekerjasama dengan Pak Kaya, sate beliau akan mendapat promosi dan publisiti. Kerana apabila VIP dari syarikat korperat itu merasai kelazatan sate beliau, mungkin mereka akan datang ke gerai sate beliau untuk menempah sate di masa akan datang"

Mungkin juga perniaga sate itu berfikir, "Ini satu peluang untuk BERSEDEKAH, tetapi kenapa perlu bersedekah kepada orang kaya dan syarikat korperat.?? Biasanya bersedekah kepada orang yang memerlukan dan serba kekurangan, ini dah tak betul. Aku pun biasa bersedekah kepada handai taulan, saudara mara mahupun orang yang benar-benar kesempitan"

Atau mungkin juga peniaga sate itu berfikir, "Pak Kaya ini ingin MENGAMBIL KESEMPATAN dari peniaga kecil seperti beliau".

Berbagai kemungkinan yang difikirkan oleh peniaga sate tersebut, tetapi apakah hubungannya dengan dunia fotografi..?

 
Apa yang saya tulis di atas sebenarnya adalah suatu anologi atau perbandingan dengan apa yang biasa berlaku di dalam dunia fotografi. 


Berdasarkan cerita peniaga sate dan "Pak Kaya" di atas, sepatutnya Pak Kaya menggunakan kekayaannya untuk MEMBANTU peniaga sate dan bukannya MENGAMBIL KESEMPATAN atas apa pun alasan yang beliau berikan. Begitu juga di dalam dunia fotografi, sepatutnya syarikat-syarikat besar membantu pemfoto-pemfoto kecil khususnya "freelance photographer" atau mana-mana pemfoto yang menjalankan perniagaan perkhidmatan fotografi dengan cara memberikan tugasan fotografi dan membayar mereka dengan bayaran yang sepatutnya. Bukannya mengambil kesempatan atas alasan "tolong" ambil gambar dan sebagainya.

Begitu juga pihak media, samada akhbar, majalah atau media baru sepatutnya membeli atau membayar foto-foto yang mereka siarkan (publish) kerana mereka menjana pendapatan lumayan dari hasil jualan akhbar mahupun majalah mereka.


Mudah-mudahan kes curi foto atau "minta" foto secara percuma untuk tujuan kormesial berkurangan dan semua pihak akan jadi lebih bertanggungjawab, professional dan saling bantu membantu memajukan di antara satu sama lain.


I am using FLM ball head & Fotopro tripod.


 

Monday, July 22, 2013

Harga sekeping GAMBAR (FOTO)

Saya selalu ditanya oleh sahabat-sahabat berkenaan bagaimana memberi harga pada foto-foto mereka. Biasanya saya jawab, "Terserah pada awaklah sebab awak yang ambil gambar..."

Sekadar ingin berkongsi satu cerita, pada suatu hari seorang dari syarikat pengiklanan di Kuantan menghubungi saya kerana ingin membeli softcopy (hi-res) foto Air Terjun Genat. Beliau menjumpai foto saya melalui "search engine" di internet.

Ini fotonya ;

sila klik utk paparan yg lebih besar.
Image

Pendek cerita, ini antara dialog yg berlaku,

Tauke : Berapa you mau jual itu gambar air terjun?
Saya : Tauke mahu guna untuk apa?

Tauke : Saya mau buat pamplet.
Saya : RM400 sahaja utk sekali guna.

Tauke : Aiyaa, banyak mahal... itu gambar awak klik sajer.. apa pasal banyak mahal?
Saya : Sebenarnya tak mahal, utk dapatkan gambar itu saya perlu trekking dalam hutan selama 4 jam, sambil pikul beg dan barang kamera, tripod lagi. 4 jam pergi sahaja, balik lagi 4 jam.. jalan kaki dalam hutan tak sama dengan jalan di bandar, pacat lagi, ada binatang buas lagi, kena bayar guide lagi...
Sampai sana belum tentu boleh ambil gambar lagi, kalau tak ada rezeki hari hujan, tak boleh keluar kamera..
Kalau cuaca baik dan klik sajer macam tauke cakap, belum tentu boleh dapat foto macam ini kalau tak tahu teknik..

Pendek cerita bukan senang mahu dapat gambar tu, RM400 tu sebenarnya sangat patut.. Kalau gambar ambil tepi rumah saya mungkin saya boleh jual RM50 sahaja...

Tauke : Aiyaa, apa susah.. KLIK sahaja kan.. RM150 sudahlah.. kira cincai laa..
Saya : Tauke, kalau mahu murah, free pun boleh, tauke pergi sendiri depan itu air terjun, tauke KLIK sahaja.. senang sahaja.. KLIK sahaja...

Perbualan telefon ini berlaku kira-kira 3 tahun yang lalu. Sebetulnya saya bukanlah jenis orang yang berkira mengenai harga foto-foto saya, tetapi disebabkan beliau tidak memahami pengorbanan disebalik sekeping foto maka itulah jawapan saya kepada beliau. 

Sebenarnya ada banyak peristiwa begini dikalangan teman-teman pemfoto. Saya kongsikan pengalaman ini untuk sahabat-sahabat jadikan sedikit panduan kalau ada orang ingin membeli foto-foto sahabat-sahabat.

Jadi persoalannya bukan setakat KLIK ajer dapat gambar, ada banyak PERKIRAAN dan PERTIMBANGAN untuk menghasilkan sekeping foto. Ianya bergantung kepada siapakah yang mengKLIK. Kalau pemfoto professional, mereka ada "sentuhan" tersendiri atau lebih dikenali sebagai "signature" pada foto-foto yg mereka hasilkan. 

Kalau setakat KLIK ajer boleh hasilkan foto, maka ramailah boleh jadi jurufoto kepada National Geographic. 

Sama juga macam memasak, orang kata apa susah, "campak-campak", "kacau-kacau" dah jadi satu masakan, tetapi hakikat siapa yang mencampak dan mengacau itu yang penting. Sebab itu "tukang campak" atau "tukang kacau" di hotel gajinya ribu-raban. Kalau tidak ramailah boleh jadi chef di hotel-hotel atau restoran terkemuka dunia. Sebab itu siri "Master Chef" tidak habis-habis kerana terlalu luas "SENI" kulinari yang bukan setakat sebarang "campak-campak" dan "kacau-kacau" sahaja.

Begitu juga menulis, bukan setakat "tenyeh" ajer, tetapi ilmu, disiplin, gaya bahasa dan seni menulis itu membezakan martabat tulisan yang dihasilkan. Kalau tidak ramailah orang boleh jadi penulis.

Kembali kepada fotografi, siapa pemfoto yang mengKLIK foto itu yang layak menentukan harga setiap foto yang beliau hasilkan. Tambahan pula setiap foto adalah "unik" kerana setiap foto tidak sama dengan foto yang lain. Walaupun subjek yang sama tetapi sepuluh orang pemfoto akan menghasilkan 10 foto yang berbeza. 

Kalau rajin boleh baca di SINI untuk mengetahui mengenai 10 keping foto yang termahal di dunia.

I am using FLM ball head & Fotopro tripod.


Thursday, June 27, 2013

Fotografi dan Manusia

Image

Fotografi dan Manusia

Allah swt yang maha berkuasa telah menciptakan alam semesta dengan berbagai keindahan dan keajaiban. Manusia adalah ciptaan Allah swt yang paling menakjubkan dan dipertangungjawabkan sebagai khalifah di muka bumi. Adalah menjadi fitrah manusia menyukai keindahan dan kecantikan.

Semenjak zaman dahulu kala manusia mengabadikan keindahan yang mereka lihat dan nikmati dalam bentuk lakaran pada dinding gua, lukisan dan juga ukiran. Selain daripada menjadi karya seni, ianya adalah rakaman sejarah yang menjadi rujukan kepada manusia di masa akan datang. Kaedah manusia berseni dan merakamkan sejarah berkembang mengikut peredaran zaman dan masa. Daripada lakaran pada dinding gua berkembang kepada penggunaan alat perakam berasaskan cahaya iaitu kamera.

Fotografi berasal dari dua perkataan Greek iaitu φως (phos) dan γραφίς (graphis) membentuk perkataan “photography” yang bermakna melukis cahaya. Oleh itu jurufoto juga dikenali sebagai pelukis cahaya. Secara ringkasnya, penemuan kamera lubang jarum oleh ilmuan Islam telah berkembang menjadi kamera yang kita lihat pada hari ini. Kamera adalah alat penting untuk menghasilkan foto atau gambar.

Fotografi semenjak diperkenalkan memainkan peranan penting di dalam kehidupan manusia. Manusia seolah-olah tidak boleh dipisahkan dengan fotografi, daripada foto pengenalan diri pada kad pengenalan, surat khabar, majalah, buku ilmiah, papan iklan sehinggalah kepada laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan macam-macam lagi. 


Di zaman digital ini, tanpa kita sedari jutaan foto telah beredar keseluruh dunia membawa beraneka mesej dan makna kepada manusia yang melihatnya. Dengan kata lain, fotografi menjadi salah satu media komunikasi visual untuk manusia berkenalan, berkongsi emosi samada kegembiraan atau kesedihan bahkan fotografi juga boleh menjadi agen perubahan kepada sejarah manusia. Contohnya, foto-foto mangsa tsunami yang melanda Acheh telah menarik bantuan antarabangsa yang membangunkan semula bumi Acheh.

Foto boleh melahirkan perasaan damai dan ketenangan kepada manusia. Contohnya foto-foto keindahan alam seperti pemandangan pantai putih bersih dengan air laut jernih membiru begitu mendamaikan. Foto juga boleh menerbitkan perasaan insaf kepada manusia, misalnya foto-foto mangsa kemalangan jalanraya membuatkan manusia yang melihatnya terasa insaf dan menjaga keselamatan ketika di jalanraya.

Foto ada di mana-mana. Hampir semua bidang yang manusia ceburi mempunyai hubungan khusus dengan fotografi, baik bidang kesenian, pendidikan, perniagaan, perubatan, ketenteraan mahupun kepolisian. Tidak hairanlah kalau wujud industri perdagangan foto yang bernilai billion Ringgit Malaysia kerana permintaan terhadap foto adalah tinggi. Bukan itu sahaja, kepentingan dan keperluan terhadap foto telah mewujudkan kerjaya jurufoto. Jabatan-jabatan kerajaan mahupun syarikat-syarikat swasta ada jawatan jurufoto dan sesetengahnya ada unit fotografi.

Selain daripada suatu hobi yang sihat, fotografi juga boleh menjana pendapatan kepada penggemarnya. Oleh itu, untuk merakamkan foto yang baik dan cantik, kita perlulah memahami asas-asas penting senifoto yang akan saya kongsikan pada "entry" akan datang. Insyallah....


I am using FLM ball head & Fotopro tripod.

Tuesday, June 18, 2013

Jumping Spider


Image


Jumping Spider atau Labah-labah loncat adalah antara spesis makhluk halus yang paling saya suka shot.
Antara sebab kenapa saya suka shot jumping spider ialah kerana spider ini comel, beraneka jenis, rupa, warna dan mudah dijumpai.

Menurut Wikipedia : "The jumping spider family (Salticidae) contains more than 500 described genera and about 5,000 described species,[2] making it the largest family of spiders with about 13% of all species.[3] Jumping spiders have some of the best vision among invertebrates and use it in courtship, hunting, and navigation. Though they normally move quietly and fairly slowly, most species are capable of very agile jumps, notably when hunting, but sometimes in response to sudden threats. Both their book lungs and the tracheal system are well-developed, and they use both systems (bimodal breathing). Jumping spiders are generally recognized by their eye pattern. All jumping spiders have four pairs of eyes with one pair being their particularly large anterior median eyes....."

Maknanya bangsa dia ada lebih dari 500 dan spesis pula sekitar 5,000 spesis jumping spider (jumper). Subhanallah, maha suci Allah swt yang maha mencipta.

Untuk shot jumper nih sama macam shot makhluk-makhluk halus atau serangga yg lain. Saya telah tulis beberapa entry di dalam blog ini berkenaan fotografi makro. Boleh baca di link berikut :

1- Pengenalan kepada Senifoto Makro dan "Close up"
2- Tujuan Fotografi Makco dan "Close up"
3- Peralatan-peralatan asas utk makro dan close up
4- Cara-cara untuk shot makro dan close up.
5- Pengcahayaan (Macro/Close Up)
6- Setting (Macro photography)
7- Cara dan kaedah shot macro
8- Penggunaan Extension Tube
9- Cara dan kaedah shot macro (sambungan)

Berikut adalah beraneka rupa jumping spider tetapi mata mereka adalah ciri utama untuk kita mengenalinya.
Ada yang berwarna-warni, ada yang berbelang, ada yang punk, ada yang kecil, ada yang besar, ada yang kaki panjang, ada yang kurus, ada yang bermisai, ada yang berbulu lebat dan macam-macam lagi.

Sila klik "thumbnails" untuk paparan imej yang lebih besar.

Image

Image Image Image

Image Image Image

Image Image Image

Image Image Image

Image Image Image

Image Image Image

Ini pula "Ant Mimic Jumping Spider". Labah-labah lompat yang mempunyai rupa seperti semut dan meniru gelagat semut.

Image

Image Image Image

Ini pula rupa jumping spider di dalam "rumah" mereka. Berbeza dengan spesis labah-labah yang lain, rumah jumping spider biasanya di dalam atau di bawah daun, mereka tidak membuat jaring atau "web". Jumping spider jarang ada di rumah kerana mereka adalah "pemburu", mereka tidak menunggu di "web" seperti labah-labah lain.

Image

Image Image Image

Jumping spider dan hasil buruan mereka. Walaupun mereka tiada kepak tetapi biasanya mangsa mereka adalah serangga berkepak. Ada juga dikalangan jumper yang makan labah-labah lain.
Mahasuci Allah swt yang memberikan rezeki.


Image

Image Image Image

Lebih banyak foto-foto spider ada di SINI.

I am using FLM ball head & Fotopro tripod.

Wednesday, June 12, 2013

Kuantan Century Ride 2013

Image

Alhamdulillah, pada 2 Jun 2013 (Ahad), acara berbasikal terbesar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu "Kuantan Century Ride (KCR 2013)" atau "KUANTAN 160" telah diadakan dengan jayanya.

KCR 2013 adalah edisi kedua selepas acara berbasikal ini pertama kali diadakan pada tahun 2012. KCR 2012 telah disertai oleh 780 orang dari 10 negara manakala utk edisi kedua, KCR 2013 telah disertai oleh 1846 orang pengayuh dari 15 negara.

KCR 2013 telah dianjurkan oleh Kementerian Pelancungan Malaysia - Pahang (MOTOUR) dan juga Kerajaan Negeri Pahang. Acara ini juga mempromosikan "Tahun Melawat Malaysia 2014" (Visit Malaysia 2014).

Kayuhan sejauh 160KM (100 batu) bermula dan berakhir di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) - Kampus Kuantan.

 
Acara dimulakan dengan bacaan doa.


Image

Selepas itu para peserta dilepaskan oleh YB. Dato' Haji Mohd. Sharkar Bin Haji Shamsudin (Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan). Para peserta berkayuh mengelilingi Kampus UIAM dan seterusnya mengikut route yang telah ditetapkan.

Image

Image Image Image
Image Image Image

Selepas melalui bandar Kuantan, para peserta KCR 2013 berkayuh melalui Pantai Sepat, kemudian ke Ubai dan Jalan Pekan - Kuantan menghala Jalan Gambang.

Image

Image Image Image

:: Shadow Riders ::

Image

Image Image Image

Peserta-peserta dari luar negara

Image

Image Image Image
...

Di Jalan Gambang

Image

Image Image Image

Di Jalan Pintasan Kuantan - Pelabuhan

Image

Image Image Image

Berkayuh mendaki Bukit Jabor

Image

Image Image Image

Menuruni bukit






Berbagai halangan dan cubaan yg dihadapi peserta

Image

Image Image Image

di Jalan Pintasan Sg Ular

Image

Image Image Image

di "water station 4"

Image

Image Image Image
Image Image Image

di Jalan pintasan Gebeng menuju UIAM

Image

Image Image Image

di garisan penamat

Image

Image Image Image

peserta menyejukkan badan

Image

Image Image Image

peserta menerima sijil dan medal

Image

Image Image Image

Majlis penyampain hadiah utk peserta-peserta terbaik KCR 2013 oleh YB. Dato' Haji Mohd. Sharkar Bin Haji Shamsudin.

Image

Image Image Image

Juara (Champion) KCR 2013 ialah Saudara Sayuti Zahit dari BJCC.

Image

Lebih banyak foto-foto KCR 2013 boleh dilihat di SINI.

Edisi ketiga KCR akan diadakan pada 1 Jun 2014, insyallah.

I am using FLM Ball head & Fotopro tripod.