Monday, October 3, 2011

Tips mudah merakam foto "SILHOUETTE"


Image

TIP MUDAH UNTUK MENGHASILKAN FOTO "SILHOUETTE"

Ramai dikalangan penggemar fotografi meminati foto-foto "silhouette", tetapi tidak tahu bagaimana untuk menghasilkannya. Kali ini saya berkongsi cara-cara dan tips mudah untuk menghasilkan foto "silhouette".

Secara mudahnya,"silhouette" ialah subjek yang gelap tanpa perincian (details) berlatarkan cahaya terang atau latar belakang yang terang. Ramai jurufoto gemar merakamkan foto-foto "silhouette" pada waktu matahari terbit (sunrise) atau waktu matahari terbenam (sunset) kerana keindahan cahaya keemasan pada kedua waktu tersebut adalah luarbiasa.

Cara mudah untuk menghasilkan foto "silhouette" dengan menggunakan mod "Manual" (M) :

1- Ambil bacaan "exposure" atau "metering" pada bahagian yang paling terang, contohnya kalau merakam gambar pemandangan, ambil bacaan "exposure" pada langit yang berhampiran dengan matahari. Biasanya kita menggunakan nilai F yang besar seperti F16 keatas dan kelajuan "shutter" ditentukan oleh bacaan "exposure".

2- Selepas mendapat bacaan "exposure", fokus pada subjek supaya subjek tidak kabur atau "blur", "compose" sebaik mungkin dan rakamkan foto tersebut dengan menekan butang shutter.

Dengan bahasa mudahnya, "meter" pada bahagian paling terang, fokus pada subjek, "compose" dan "shot".

Tips-tips tambahan :

1- Subjek hendaklah mempunyai daya tarikan yang kuat atau juga di dalam dunia fotografi sering disebut "strong point of interest". Maksudnya, kalau orang biar nampak orangnya, ada cerita atau aksi pada subjek tersebut. Salah satu cara mudah untuk melahirkan kekuatan pada subjek ialah dengan merakam pada sudut yang rendah (low angle). Usahakan subjek benar-benar timbul (outstanding) dan kalau "silhouette" orang, cuba cari sudut yang membolehkan bentuk hidung serta dagunya atau sisi muka jelas dalam bentuk "silhouette".

2- Elakkan subjek dari bercantum (merge) dengan apa-apa subjek "silhouette" yang lain. Ini akan menghasilkan foto yang ringkas dan menarik, yang juga biasa disebut sebagai "simple and clean".

Imej-imej "silhouette" juga terbahagi kepada "full silhouette" dan "semi silhouette" seperti contoh di bawah.

"Full silhouette" : subjek gelap sepenuhnya dan tidak kelihatan perincian pada subjek melainkan bentuk yg gelap sahaja.

Image

"Semi silhouette" : Subjek separa gelap dan ada bahagian-bahagian pada subjek yang boleh dilihat.

Image

Berikut adalah contoh-contoh foto-foto "silhouette" yang saya rakamkan, sila klik thumbnails utk saksikan paparan yg lebih besar.

Image Image Image Image Image Image
Image Image Image Image Image Image
Image Image Image Image Image Image
SELAMAT MENCUBA..!!!

Wednesday, June 22, 2011

Phototalk : "How to be a better photographer"




** Penerangan di bawah adalah dlm loghat Pahang, harap maklum... :-)


Bicara foto ini adalah kesinambungan bicara kawan pada "Art Under 500" di Muzium Seni Negeri Pahang tahun lepas.
Kalau yg tahun lepas judulnya "The Beginning" iaitu "Suatu Permulaan", maka utk tahun ini judulnya, "How to be a BETTER PHOTOGRAPHER", kerana setelah bermula, maka kita perlu meningkat dan menjadi lebih baik dari masa ke semasa, insyallah.
Bicara kali ini bukan sahaja berkisar mengenai foto, tetapi lebih menekankan kpd. pembangunan dan peningkatan "PEMFOTO" itu sendiri, dari segi disiplin, etika, kreativiti bahkan kesungguhan utk menjadi "PENGKARYA".

Berkarya bukan hanya dari mata tetapi dari HATI.
"Think before you shot", atau berfikir sebelum merakam, biasa kita dengar tetapi, kita mahu jadi lebih baik dari itu dengan MENJIWAI karya.

Insyallah, kawan akan kongsikan tips-tips yg mudah, ringkas tetapi berkesan utk meningkatkan makam atau tahap kita di dalam dunia fotografi.... :-)

Bicara foto ini terbuka kepada semua orang yang berminat dgn fotografi. Tolong war-warkan.

Kawan nih tok pandai dan tok minat nok cerita pasal diri kawan, cuma foto-foto kawan ada di http://www.flickr.com/photos/2121studio/ atau di http://photo.2121studio.com/ .

Tarikh : 3 Julai 2011 (Ahad)
Masa : 9.00 am - 1.00 pm
Tempat : Auditorium, Universiti Kolej SHAHPUTRA
( http://www.universitycollegeshahputra.edu.my/ )

Yuran :
RM 40.00 (Orang awam)
RM 30.00 (Ahli Persatuan Jurufoto Kuantan)
RM 20.00 (Pelajar dan juga kakitangan UCSA)
* semua pelajar diberikan separuh harga.

Pembayaran boleh dibuat ke akaun :

NUBLEE BIN SHAMSU BAHAR
7607341397
CIMB ISLAMIC BANK BERHAD

Setelah membuat pembayaran sila maklumkan kepada kawan samada melalui PM, SMS (013-9342121) atau email 2121studio@gmail.com

Sila bawa "bank-in" slip semasa hari Bicara Foto.

Pembayaran juga boleh dibuat pada hari Bicara Foto di SHAHPUTRA.

Peserta-peserta yg bertuah akan mendapat hadiah-hadiah menarik tajaan KAMERA KUANTAN.

~ Sekian, Jazakallah khair~

Wednesday, June 1, 2011

Rimba Kenong, Kuala Lipis

Image

Menurut WIKIPIDEA :
Taman Rimba Kenong merangkumi kawasan seluas 121 kilometer persegi di Lembah Kenong yang terletak di barat-daya Taman Negara.

Taman ini mengandungi beberapa buah gua batu kapur yang menakjubkan. Bunyi nyanyian burung dan deruan air terjun yang berdekatan memecahkan suasana tenang dan sunyi di sini.

Setiap gua batu kapur di sini terletak sejauh setengah jam perjalanan merentas hutan. Gua yang paling menarik ialah Gua Batu Tinggi yang menyerupai sebuah sampan tebuk. Sungai Kenong mengalir deras menerusi gua ini.

Masyarakat tempatan mempunyai cerita dongeng mengenai gua ini di mana menurut mereka gua ini dahulunya terbentuk apabila sebuah sampan yang membawa pengutus Raja dari Pekan bertukar menjadi batu. Gua ini terletak di aras antara 122 hingga 152 meter dari paras laut.
Maklumat tentang Rimba Kenong juga boleh didapati di SINI.

Kawan teloh ke sana selama 3 hari 2 malam. Berikut adalah foto-foto yg dapat kawan abadikan di sana.

Gua-gua dan pemandangan di sepanjang Sungai Kenong..

Image

Sila klik "thumbnails" utk paparan yg lebih besar :

Image Image Image Image Image Image
Image Image Image Image Image Image

Pemandangan di Lata Babi..

Image

Image Image Image Image Image Image

Sekitar Gua Batu Tangkup.

Image

Image Image Image Image Image Image
Image Image Image Image Image Image

Gua Batu Tangga

Image

Image Image Image Image Image Image
Image Image Image Image Image Image