Semuga kehadiran sahabat-sahabat membawa berkat dan memeriahkan majlis.
Wednesday, June 14, 2023
Majlis Perasmian Pameran Solo : MAKMUR
Semuga kehadiran sahabat-sahabat membawa berkat dan memeriahkan majlis.
BICARA FOTO 1.0 : SENI MEMFOTO LANSKAP
Alhamdulillah, pada 10 Jun 2023, Bicara Foto (Phototalk) telah berlangsung dengan jayanya. Lebih dari 60 orang telah hadir.
Terima kasih kepada PUSAT WARISAN INTELEK NEGERI, Perpustakaan Awam Sultan Ahmad Shah kerana menganjurkan bicara foto tersebut. Bicara foto adalah sebagai program sisipan (pocket program) Pameran Solo : Ali Shamsul Bahar : MAKMUR (Pahang Indah & Makmur)
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang hadir.
Terima kasih juga kepada Mr Lee dari LEE PHOTO kerana sudi berkongsi ilmu berkenaan peralatan-peralatan professional utk memfoto lanskap.
Kepada yang tidak berkesempatan untuk hadir, jangan risau kerana pihak Perpustakaan Awan Sultan Ahmad Shah ada membuat LIVE dan boleh ditonton di SINI.
Saturday, June 3, 2023
Pameran Solo : ALI SHAMSUL BAHAR : MAKMUR
Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana dengan izinNYA pameran solo kawan telah bermula pada 27 Mei dan berpameran sehingga 30 Jun 2023, insya-Allah.
Terima kasih kepada pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang di atas undangan dan ruang untuk kawan berpameran. Khususnya kepada Pusat Warisan Intelek Negeri.
Majlis perasmian akan diadakan pada 16 Jun 2023, insya-Allah.
Pameran solo ini bertajuk MAKMUR (Pahang : Indah & Makmur). Pameran solo tersebut memaparkan karya-karya fotografi kawan yg. berkisar mengenai keindahan dan kemakmuran negeri Pahang dari segi pemandangan, tarikan pelancung, kehidupan masyarakat dan alam.
Pameran diadakan di Tingkat 2, Perpustakaan Awam Sultan Ahmad Shah (perpustakaan negeri bersebelahan bangunan MBK).
Waktu pameran ialah dari 9.00 am hingga 5.00 pm setiap hari, kecuali Ahad, Isnin dan cuti umum.
Jemput datang sahabat-sahabat semua.
Friday, March 10, 2023
SILVER-BREASTED BROADBILL
(Serilophus Lunatus)
(Burung Tanda Hujan / Takau Dada-Perak)
Burung yang sangat comel, berbulu halus mulus. Dadanya berwarna perak.
Sunday, April 17, 2022
Monday, January 24, 2022
MALAYAN BANDED PITTA
MALAYAN BANDED PITTA
Alhamdulillah, pada hari Selasa (12 Jan 2022), buat pertama kali dalam hidup dapat merakamkan Burung Pacat atau Pitta.
Terima kasih tidak terhingga kepada Tuan Shaiful Azhar Abu Bakar a.k.a Apong di atas tunjuk ajar, panduan dan tips memburung. Ternyata beliau bukan "sembang pandai" tetapi pengalaman dan pengetahuan memburung beliau adalah tulus dan murni. Banyak yang kami pelajari.
Terima kasih juga kepada saudara Zam Tokai yang membantu. Jazakumullah hu khoir.
NIKON Z50 + FTZ + Nikon 300mm f/2.8G ED AF-S VR
#nikonmalaysia #nikonz50 #z50 #nikon #DX #iammirrorless #nikonschool #nikonasia #nikonclubmalaysia #MyZOntheGo #fauna #birding #birdphotography #wildkedah #takkantaksyok #birdsofkedah #lifer
Friday, October 9, 2020
CAVE PHOTOGRAPHY ONLINE CLASS
* RM 30 sahaja, harga patut sempena musibah COVID 19 yg melanda dunia sekarang...




















