Saturday, June 3, 2023
Pameran Solo : ALI SHAMSUL BAHAR : MAKMUR
Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana dengan izinNYA pameran solo kawan telah bermula pada 27 Mei dan berpameran sehingga 30 Jun 2023, insya-Allah.
Terima kasih kepada pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang di atas undangan dan ruang untuk kawan berpameran. Khususnya kepada Pusat Warisan Intelek Negeri.
Majlis perasmian akan diadakan pada 16 Jun 2023, insya-Allah.
Pameran solo ini bertajuk MAKMUR (Pahang : Indah & Makmur). Pameran solo tersebut memaparkan karya-karya fotografi kawan yg. berkisar mengenai keindahan dan kemakmuran negeri Pahang dari segi pemandangan, tarikan pelancung, kehidupan masyarakat dan alam.
Pameran diadakan di Tingkat 2, Perpustakaan Awam Sultan Ahmad Shah (perpustakaan negeri bersebelahan bangunan MBK).
Waktu pameran ialah dari 9.00 am hingga 5.00 pm setiap hari, kecuali Ahad, Isnin dan cuti umum.
Jemput datang sahabat-sahabat semua.
Friday, March 10, 2023
SILVER-BREASTED BROADBILL
(Serilophus Lunatus)
(Burung Tanda Hujan / Takau Dada-Perak)
Burung yang sangat comel, berbulu halus mulus. Dadanya berwarna perak.
Sunday, April 17, 2022
Monday, January 24, 2022
MALAYAN BANDED PITTA
MALAYAN BANDED PITTA
Alhamdulillah, pada hari Selasa (12 Jan 2022), buat pertama kali dalam hidup dapat merakamkan Burung Pacat atau Pitta.
Terima kasih tidak terhingga kepada Tuan Shaiful Azhar Abu Bakar a.k.a Apong di atas tunjuk ajar, panduan dan tips memburung. Ternyata beliau bukan "sembang pandai" tetapi pengalaman dan pengetahuan memburung beliau adalah tulus dan murni. Banyak yang kami pelajari.
Terima kasih juga kepada saudara Zam Tokai yang membantu. Jazakumullah hu khoir.
NIKON Z50 + FTZ + Nikon 300mm f/2.8G ED AF-S VR
#nikonmalaysia #nikonz50 #z50 #nikon #DX #iammirrorless #nikonschool #nikonasia #nikonclubmalaysia #MyZOntheGo #fauna #birding #birdphotography #wildkedah #takkantaksyok #birdsofkedah #lifer
Friday, October 9, 2020
CAVE PHOTOGRAPHY ONLINE CLASS
* RM 30 sahaja, harga patut sempena musibah COVID 19 yg melanda dunia sekarang...

Sunday, September 27, 2020
LIVE SESSION WITH FUTUROMIC PHOTO AV (26 SEPT 2020)
Alhamdulillah, pada 26 Sept 2020, saya telah diundang oleh Futuromic Photo AV Sdn Bhd untuk bersiaran secara langsung di page FB Futuromic. Topik perbualan santai kami ialah berkenaan memfoto air terjun.
Kepada yang ingin mengikuti sesi "LIVE" tersebut boleh klik di SINI. Selamat menonton.
Saya ada kongsikan tips untuk memfoto air terjun di SINI. Selamat membaca dan semuga beroleh manafaat.
Tuesday, September 15, 2020
KLPF 2020 : FOTOGRAFI GUA
Alhamdulillah pada 6 Sept 2020, saya telah bersiaran secara di dalam talian (online) di KUALA LUMPUR PHOTOGRAPHY FESTIVAL 2020 (KLPF 2020) bersama Abg Shamsi dan juga Safuan.


Kami berkongsi pengalaman memfoto gua-gua di Malaysia, khususnya GUA-GUA MERAPOH. Kepada yang ketinggalan siaran program PHOTOMANIA tersebut bolehlah klik DI SINI.























